Rasa macam kuota minyak subsidi cepat sangat habis bulan ni? Bagi anda yang hari-hari berulang-alik jauh ke tempat kerja atau terpaksa mengharungi jalan sesak, kuota asas 200 liter mungkin terasa tak ‘cukup nafas’.

Tapi, tahukah anda sebenarnya ada peruntukan kuota maksimum sehingga 300 liter sebulan di bawah inisiatif BUDI95? Berita baiknya, proses permohonannya tidaklah sesukar yang disangka.

Jom kami kongsikan cara mudah untuk pastikan tangki kenderaan anda sentiasa selamat dengan penjimatan maksimum setiap bulan!

Langkah-langkah Permohonan:

1. Pertama sekali, untuk memudahkan kerja, sebaiknya anda menggunakan pelayar web (browser) dan klik di [sini](https://www.budi95.gov.my) untuk mengakses laman rasmi BUDI95.

2. Kemudian, anda mestilah mendaftar terlebih dahulu jika belum memiliki akaun MyDigital ID, atau log masuk menggunakan akaun yang telah didaftarkan sebelum ini.

3. Klik menu di bahagian menu atas dan tekan pilihan “BUDI95 Individu”.

4. Klik “Permohonan Penambahan Kelayakan” untuk mula menaik taraf kuota anda daripada 200 liter kepada 300 liter.

5. Isikan borang permohonan tersebut dengan butiran yang tepat dan lengkap.

6. Selepas itu, pastikan anda menyemak semula rekod dan sejarah penggunaan sebelum ini untuk kepastian.

7. Hantar permohonan dengan lakukan pengesahan.

Walau bagaimanapun, kelulusan bagi permohonan kuota tambahan ini tertakluk kepada proses penelitian rapi oleh pihak berkuasa, berpandukan rekod penggunaan semasa serta kriteria yang telah ditetapkan.