Syarikat telekomunikasi terkemuka tempatan, Maxis dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membeli U Mobile Sdn Bhd untuk membantunya berkembang di negara Asia, petik laporan The Edge.

Menurut pihak yang mengetahui perkara itu, perbincangan mengenai perkara itu masih lagi dalam peringkat awal.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd yang disokong Temasek Holdings Pte Ltd adalah antara pemegang saham utama U Mobile.

“Harga boleh menjadi penghalang kepada potensi pembelian, dengan pemilik U Mobile mencari penilaian lebih RM10 bilion, tidak ada jaminan bahawa perjanjian akan dicapai, kata mereka.

Memetik The Edge lagi, dalam mesej kepada Bloomberg News pada Isnin, Tan berkata U Mobile menolak tawaran pembelian dan merancang untuk memfailkan tawaran awam permulaan (IPO) pada akhir Julai ini.

“Kami menolak tawaran Maxis. Kami akan buat permohonan untuk IPO pada akhir bulan ini,” tulis Tan sebagai jawapan kepada pertanyaan daripada Bloomberg.

Sementara seorang wakil daripada U Mobile berkata pihak syarikat tidak akan mengulas mengenai spekulasi itu — “Kami sedang fokus untuk menyampaikan lebih banyak produk dan perkhidmatan 5G yang inovatif kepada pelanggan kami. Pada masa sama melakukan kerja-kerja persediaan yang diperlukan untuk Pakej Maklumat Pemohon yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyertai tender membina rangkaian 5G kedua negara”.

Manakala wakil Maxis dan ST Telemedia pula enggan mengeluarkan sebarang komen.

Sumber