McDonald’s mengaku kesan perang Israel-Gaza telah menyebabkan perniagaan jenama terbesar makanan segera itu merudum akibat boikot yang dikenakan oleh masyarakat dunia, lapor Al Jazeera.

Rangkaian jenama makanan segera itu dalam laporan kewangan suku keempat dan tahun 2023 menunjukkan peningkatan hanya sekadar 0.7 peratus sahaja pada suku terakhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Syarikat itu berkata pertumbuhan perlahan adalah gambaran “kesan perang” antara Israel dan Gaza, yang setakat ini menyaksikan 1,400 rakyat Israel dan lebih 27,000 rakyat Palestin terbunuh.

Selain itu, tindakan McDonald’s Israel memberi beribu-ribu makanan percuma kepada tentera dan rakyat Israel berikutan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober telah membuakkan lagi rasa marah orang ramai.

Berikutan tindakan McDonald’s Israel, pemegang francais di Arab Saudi, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Mesir, Bahrain dan Turki terpaksa menggerakkan inisiatif derma bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin.

Kempczinski, Ketua Pegawai Eksekutif McDonald, menyebut tindak balas itu “mengecewakan dan tidak berasas”, dan menyalahkan “maklumat yang tidak tepat”.

Beliau menambah bahawa boikot itu telah menjejaskan jualan, dengan syarikat itu melihat “impak yang paling ketara” di Timur Tengah, serta di Malaysia dan Indonesia, lapor CNN Business.

McDonald’s adalah antara beberapa jenama Barat yang telah diboikot berikutan sokongan mereka terhadap Israel yang menyerang Gaza tanpa henti sehingga mengakibatkan 23 daripada 36 hospital di rantau itu tidak dapat beroperasi setakat 3 Januari.

Sumber