Pasukan Melaka FC membalas kritikan yang dilontarkan oleh peminat mengenai logo baharu yang dipakai oleh kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank musim 2024/25.

Logo baharu pasukan itu menjadi perbualan peminat sejak dilancarkan pada minggu lalu dimana rata-rata peminat bola sepak tanah air menganggap logo tersebut sebagai terlalu biasa dan tiada ciri yang menunjukkan negeri Melaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Setelah menerima banyak kritikan, akaun rasmi pasukan itu kemudiannya membalas salah satu komen dari pengguna laman media sosial Facebook yang mana beliau boleh menghasilkan logo yang jauh lebih baik.

Akaun rasmi itu kemudiannya membalas komen tersebut dengan mengatakan logo yang digunakan jauh lebih baik dari muka si pemberi komen.

Melaka FC

Ini adalah kali ketiga Melaka FC menukar logo mereka. Tahun lalu kelab itu pernah dikecam hebat kerana memapamarkan logo seperti tangkap muat dan menggunakan template Manchester United.

Ada yang mempersoalkan sama ada di Melaka sudah tidak ada pereka grafik lagi sambil menyindir rekaan logo tersebut.

Melaka FC merupakan kelab yang ditubuhkan milik Datuk Wira Nur Azmi untuk mewakili negeri tersebut dalam pertandingan bola sepak domestik.

Ini selepas Melaka United rasminya berkubur, selepas dihalang untuk bertanding dalam Liga Super ekoran masalah tunggakan gaji.

Mereka juga melantik jurulatih berpengalaman, K.Devan dengan misi mencapai sasaran kembali ke Liga Super pada tahun depan.

K.Devan adalah nama besar dalam bola sepak Malaysia kerana beliau pernah menjuarai Liga Super sebanyak tiga kali bersama pasukan Negeri Sembilan (2005/06) dan Selangor (2009 dan 2010).