Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah berlembut dalam menangani masalah pasukan saingan Liga Malaysia yang culas dalam soal pembayaran gaji.

Ketegasan itu disuarakan Ab Ghani selepas Kedah Darul Aman (KDA) FC dan KL City diberikan peluang terakhir untuk menyelesaikan tunggakan gaji melibatkan pemain dan pegawai pasukan sehingga 30 Mac.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sekiranya gagal untuk berbuat demikian, kedua-dua kelab yang akan beraksi dalam saingan Liga Super 2024/25 itu bakal berdepan hukuman pemotongan tiga mata dan denda sebanyak RM 50,000.

Seperti dilaporkan sebelum ini, badan bebas First Instance Body (FIB) mengeluarkan kenyataan dimana akan turut menilai semula status lesen KDA dan KL City jika tidak mematuhi tarikh akhir kedua pembayaran tunggakan gaji serta tidak memiliki kewangan kukuh untuk terus bersaing dalam musim Liga Malaysia yang akan datang.

“Kita ikut apa yang kita perhatikan kerana kadang-kadang kita memerhati daripada cakap-cakap sahaja tetapi kita suruh mereka hantar dokumen,” ujar Ab Ghani menurut sumber laporan BH Online.

“Dengan berpandukan itu, kita mengambil langkah seterusnya seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar hari ini (semalam).”

“Jadi MFL tidak berlembut kerana banyak pasukan sudah keluar seperti Sarawak United dan Kelantan FC. Kita perlu pastikan liga ini kompetitif dan dihormati.”

“Malah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pun menyatakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memerhatikan apa yang berlaku dengan isu ini.

“MFL mengambil langkah tertentu untuk memastikan ia tidak berlaku lebih teruk lagi dan membantu pasukan supaya isu ini dapat diatasi negara,” tambah beliau lagi.

 

Sumber