Kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 sudah menamatkan pusingan pertama pada minggu lalu dengan setiap pasukan bertanding telah melalui tujuh perlawanan.
Skuad himpunan bintang, Johor Darul Ta’zim (JDT) menikmati separuh musim yang cemerlang dengan mencatatkan kemenangan bersih untuk mengumpul 21 mata sekali gus berada di tangga teratas.
Baca Juga:
- MPFL 2024: JDT Hadiahkan Kekalahan Sulung Buat Pahang Rangers
- MPFL 2024: Lima Gol Guntur Bantu Gombak TOT United Hampakan Sabah
- MPFL 2024: Pahang Rangers Raih Kemenangan Sulung, Tundukkan Selangor 8-4
Pasukan yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia itu berkelebihan lima mata dihadapan pencabar terdekat yang turut merupakan juara dua piala musim lalu, Pahang Rangers.
Pahang Rangers yang tewas kepada JDT pada aksi keenam tempoh hari merakamkan lima kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan untuk mengumpul 16 mata.
Shah Alam City turut sedang menikmati kempen yang cukup baik apabila menghuni tangga ketiga hasil empat kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan untuk mengumpul 13 mata.
Sementara itu juara dua kali saingan, Selangor pula berada dikedudukan keempat dengan 12 mata. Sementara itu, Sabah dan Gombak TOT United berkongsi sembilan mata untuk menduduki tangga kelima dan keenam.
Dibarisi hampir separuh pemain muda sebagai persiapan menghadapi SUKMA 2024, Terengganu mengumpul tiga mata manakala KL City menjadi satu-satunya pasukan yang masih meraih sebarang mata untuik menduduki tangga terakhir (kelapan).
Jentera serangan Pahang Rangers dilihat cukup cemerlang denan 48 gol dihasilkan sekali gus menjadi pasukan paling banyak meledakkan jaringan.
JDT pula menjadi pasukan paling kebal dimana hanya dibolosi sembilan gol yang menyaksikan enam pasukan lain sudah melepaskan 20 dan lebih gol.
Senarai penjaring terbanyak pula diketuai pemain Shah Alam City, Isaias Figueuredo Caja Filho dengan 12 gol. Beliau diekori rapat pemain import Pahang, Felipe De Almeidda Souza dengan 11 gol.
Rakan sepasukan Felipe, Murilo Carlos Saad di kedudukan ketiga dengan sembilan gol, terikat dengan Guntur Sulistyo Ariwibowo dari Gombak TOT United.
Duo tempatan dari Pahang Rangers, Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir dan Hamdin Zharif Mahmun pula menjaringkan lapan gol.
Saingan MPFL 2024 berehat selama sebulan dan hanya akan bersambung pada 6 serta 7 Julai nanti.