Sebut sahaja nama penyanyi, Nabila Razali pasti orang kenal dengan nyanyian sumbangnya tetapi dia tidak pernah peduli dengan kecaman itu. Malah, membuat ‘comeback’ untuk musik videonya.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga pelakon itu mencari model kereta Landrover Defender untuk disewa bagi musik videonya yang akan datang. Dia memuat naik foto model kereta berwarna hitam itu di laman Facebook, Malaysia Land Rover Community (MLRC).
Baca Juga:
- Muat Naik Gambar Busana Pengantin, Nabila Razali Kahwin Secara Senyap-Senyap?
- Komen ‘Pedas’ Hafiz Hamidun Kepada Nabila Razali Mendapat Teguran Dato’ Fazley Yaakob
- Walau Terkucil Ketika Menyanyi ‘Live’ Di AJL35, Nabila Razali Akui Itu Persembahan Terbaik Beliau
Dalam pada itu, penyanyi berusia 30 tahun itu turut meletakkan butiran mengenai tarikh, masa dan lokasi penggambaran musik video pada hujung bulan Disember nanti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dengan kenyataan Nabila dan mempromosikan atau ‘flex’ gambar sahaja yang mereka ada tetapi tidak mempunyai kereta tersebut.
Sementara itu, Nabila juga berkata, jika sesiapa yang berminat untuk menyewa kereta kepadanya, tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi.