Benjamin Sesko mendedahkan kebenaran mengenai khabar angin yang mengatakan beliau menerima nasihat penyudah daripada Dimitar Berbatov ketika sedang melalui rentetan jaringan cemerlang bersama Manchester United.

Sesko menghadiahkan kemenangan berharga 1-0 buat Red Devils ke atas Everton pada awal pagi semalam selepas menjaringkan gol keenamnya dalam tujuh penampilan serta gol kelapan secara keseluruhan.

Perkembangan terkini nitu sekali gus terus membuktikan nilai perpindahan £74 juta sejak tiba dari RB Leipzig pada musim panas lalu adalah berbaloi.

Sesko
Kredit Foto: JUSTIN TALLIS / AFP

Terdapat pelbagai teori mengenai mengapa Sesko kini semakin menemui sentuhan terbaiknya, dengan satu cerita yang tersebar mendakwa dia menerima tunjuk ajar daripada Berbatov.

Sehubungan dengan itu, Sesko mengakui cerita itu tidak benar sama sekali.

Pendedahan Benjamin Sesko

“Sejujurnya, saya ada dengar khabar angin itu, tetapi saya tidak pernah berbual [dengan Berbatov]. Sudah tentu saya mahu!”

“Ia pasti sesuatu yang sangat menarik… tetapi perkara itu tidak berlaku,” ujar Sesko menurut sumber laporan Goal.

“Kami mempunyai barisan kejurulatihan yang melakukan latihan individu setiap hari, dan ia benar-benar membantu saya untuk memberi tumpuan dalam momen-momen seperti ini.”

“Selalunya selepas latihan tamat, kami akan buat kerja tambahan dalam kotak penalti, di bahagian tepi kotak, sentuhan pendek kerana dalam Liga Perdana Inggeris anda memang tiada masa.”

Nafi Dapat Tunjuk Ajar Berbatov, Sesko Dedah Rahsia Di Sebalik Sentuhan Berbisa Bersama Man Utd
Manchester United’s English defender #26 Ayden Heaven (L), Manchester United’s Danish defender #13 Patrick Dorgu (C) and Manchester United’s Slovenian striker #30 Benjamin Sesko (R) react following the English Premier League football match between Fulham and Manchester United at Craven Cottage in London on August 24, 2025. The match ended in a draw at 1-1. (Photo by JUSTIN TALLIS / AFP)

“Di situlah ia benar-benar membantu saya, dan bukan saya sahaja, tetapi juga pemain-pemain lain. Saya sangat gembira dapat bekerja dengan pembantu jurulatih [Travis Binnion] kerana dia banyak membantu saya.”

“Peningkatan paling besar boleh dibuat di atas padang kerana pada akhirnya, bola itulah yang perlu masuk ke dalam gawang, dan di situlah kerja paling banyak dilakukan.”

“Sudah tentu, sangat penting juga apabila saya pulang ke rumah untuk melakukan sedikit latihan tambahan, yang amat penting dari segi mental,” tambah beliau lagi.

Sumber