Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican menyatakan berdasarkan data kerajaan, didapati sebanyak 95 peratus rakyat Malaysia menggunakan tidak lebih daripada 180 liter sebulan.
Sementara data penggunaan sebenar BUDI95 dalam tempoh dua minggu pertama Oktober 2025, kurang daripada 0.1 peratus rakyat Malaysia yang layak telah menghabiskan kuota subsidi 300 liter masing-masing, petik Bernama.
Baca Juga:
- Tular Video Pekerja Marah Tak Dapat BUDI95, Syarikat Kurier Tampil Mohon Maaf

- Ini Kriteria Kelayakan Dan Cara Untuk Dapatkan ‘Refund’ Duit Ekoran ‘Glitch’ BUDI95

- Wanita Tempatan Batalkan Isi RON95, Sangka Skim Budi95 Tawar Petrol ‘Free’

Pengguna duduk negeri sempadan paling cepat habis kuota
Johan menekankan bahawa sekiranya kuota itu dinaikkan, tindakan berkenaan mungkin membuka ruang kepada lebih banyak ketirisan subsidi petrol termasuk aktiviti penyeludupan oleh penduduk tempatan.
“Apabila dianalisis, golongan yang telah menggunakan sepenuhnya kuota itu termasuk mereka yang mengisi petrol di negeri-negeri sempadan.
“Daripada jumlah pengguna yang telah memanfaatkan 300 liter ini, lebih 80 individu yang hanya mempunyai lesen motosikal telah menghabiskan kuota 300 liter ini.
“Ini menunjukkan bahawa mereka menggunakan motosikal lebih 500 kilometer setiap hari dalam tempoh dua minggu pertama Oktober,” jelas Johan.