Nasib penyerang import Selangor, Ronnie Fernández bersama pasukan musim hadapan terletak di tangan ketua jurulatih iaitu Katsuhito Kinoshi.
Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon dimana beliau berkata pihaknya menyerahkan keputusan mengenai Ronnie kepada Kinoshi.
Baca Juga:
- Ditanya Mengenai Ronnie Fernández, Ini Jawapan Kinoshi
- Selangor Pertimbang Guna Undang-Undang Untuk Kes Faisal Halim
- ACL 2 2024/25: Kemenangan Besar Masih Gagal Bawa Selangor Ke Pusingan 16
Nasib Ronnie Fernández Bergantung Kepada Keputusan Kinoshi
“Kita akan buat keputusan selepas perlawanan terakhir menentang PDRM. Sudah tentu kita nak pemain kita kekal musim hadapan.

“Tapi ini bergantung kepada Coach Kinoshi yang beliau rasa perlu diperbaiki pada tahun depan,” katanya menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Musim ini, Ronnie Fernández telah menjaringkan 16 gol daalam 38 penampilan dalam semua kejohanan musim 2024/25 bersama skuad Gergasi Merah.
Selain itu, bekas penyerang skuad kebangsaan Chile ini turut membantu Selangor mara ke perlawanan akhir Piala FA, memenangi Piala Cabaran dan menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

Meskipun mempunyai catatan dua digit jumlah jaringan musim ini, segelintir penyokong Selangor kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Ronnie.
Rekod Ronnie bersama Selangor jauh berbeza dengan rekod yang dimiliki oleh penyerang import terdahulu iaitu Ayron Del Valle yang beraksi bersama pasukan pada 2023.
Ayron berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super pada musim tersebut dengan jumlah 23 jaringan.
Untuk dua musim berturut-turut, Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua dan mereka sekali lagi bakal beraksi di pentas Asia musim hadapan.
Dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2 musim ini, Selangor hanya mampu menamatkan saingan dalam saingan peringkat kumpulan.