Penyokong pasukan dari Negara Haram itu tidak dibenarkan hadir ke perlawanan Liga Europa antara kedua-dua pasukan pada 6 November atas sebab keselamatan, menurut badan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil keselamatan bagi perlawanan bola sepak pada Khamis.
Perdana Menteri Britain, Sir Keir Starmer mengkritik keputusan itu, sambil berkata “kita tidak akan bertolak ansur dengan antisemitisme di jalanan kita” dan menegaskan sudah menjadi tanggungjawab polis untuk “memastikan semua peminat bola sepak dapat menikmati perlawanan tanpa rasa takut terhadap keganasan atau ugutan.”
Ketua Parti Konservatif, Kemi Badenoch, menyifatkan keputusan itu sebagai “aib negara” dan menggesa Sir Keir mengambil tindakan untuk membatalkannya.
Beliau menulis di X bahawa Starmer sepatutnya “menjamin bahawa peminat Yah*di boleh berjalan ke mana-mana stadium bola sepak di negara ini.”
“Jika tidak, ia menghantar mesej yang mengerikan dan memalukan: ada kawasan di Britain di mana orang Yahudi tidak boleh pergi.”
Polis West Midlands berkata perlawanan itu telah diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dan mereka bimbang tentang kemampuan mereka untuk mengawal kemungkinan berlakunya protes semasa perlawanan di Villa Park.
Ini berikutan, West Midlands, Birmingham antara kawasan yang kuat bersolidariti untuk Gza di UK.
Selain itu, mnurut polis, keputusan ini dibuat berdasarkan risikan semasa dan insiden terdahulu. Di mana kelakukan penyokong Maccabi Tel Aviv di Amsterdam dianggap menjijikkan..
Mereka telah mengganggu dan memprovokasi penduduk setempat termasuk menceroboh kawasan rumah penduduk di sana untuk merampas dan membuang bendera Plestin.
Aston Villa confirm no away Maccabi Tel Aviv fans can attend their UEFA Europa League match at Villa Park on November 6 following an instruction from the Safety Advisory Group.🏟️⁰⁰🗣️ “West Midlands Police have advised the SAG that they have public safety concerns outside the… pic.twitter.com/qwrQ9EJZLo
— Ben Jacobs (@JacobsBen) October 16, 2025
Mereka turut terlibat dalam pergaduhan ganas dan kes jenayah kebencian dengan penyokong Ajax sebelum perlawanan di Amsterdam pada November 2024. Mempersoalkan kenapa ramai rakyat Belanda menyokong Plstin bukannya Negara Haram?
Lebih 60 orang telah ditangkap dalam kekecohan tersebut. Oleh itu polis West Midlands sudah membuat keputusan untuk melarang mereka bertandang ke bandar mereka.
Kumpulan Penasihat Keselamatan (Safety Advisory Group), yang mengeluarkan sijil keselamatan bagi perlawanan, telah memaklumkan kepada Aston Villa bahawa tiada penyokong pelawat dibenarkan hadir dalam perlawanan di bandar Birmingham.
Oleh itu Aston Villa hanya menuruti nasihat daripada pihak berkuasa dan pakar dalam perkara itu. Keputusan diambil tiada kaitan dengan semangat antisemitik yang didakwa sesetengah pihak.
Aston Villa berkata mereka sedang “berbincang secara berterusan dengan Maccabi Tel Aviv dan pihak berkuasa tempatan”, dengan keselamatan penyokong dan penduduk setempat “menjadi keutamaan dalam setiap keputusan.”
Badan bola sepak Eropah, UEFA, berkata mereka mahu penyokong dapat bertamu, dan menyokong pasukan mereka dalam “persekitaran yang selamat, terjamin dan mesra.”
UEFA memberitahu Reuters: “Dalam semua kes, pihak berkuasa tempatan yang berwibawa kekal bertanggungjawab terhadap keputusan berkaitan keselamatan perlawanan yang diadakan di wilayah mereka.”
Diketuai oleh ketua bahagian Majlis Bandaraya Birmingham, Kumpulan Penasihat Keselamatan ini terdiri daripada pegawai pihak berkuasa tempatan, pasukan kecemasan – termasuk polis – serta penganjur acara.
Menurut laman web majlis itu, peranan kumpulan ini ialah memberi nasihat dan panduan mengenai kesihatan awam serta keselamatan acara, termasuk untuk “mengurangkan sebarang kesan negatif”, namun ia tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menolak sesuatu acara.
Ayoub Khan, Ahli Parlimen bebas bagi Birmingham Perry Barr, menyokong keputusan itu: “Sejak perlawanan ini diumumkan, jelas terdapat risiko keselamatan yang tersembunyi yang mungkin tidak dapat dikawal sepenuhnya walaupun oleh pihak keselamatan dan polis kita yang berpengalaman.”
Majlis Kepimpinan Yahudi menyifatkan adalah “bertentangan prinsip” untuk menyekat penyokong Maccabi Tel Aviv daripada hadir ke perlawanan itu dan menyeru agar ia dimainkan tanpa penonton sahaja.
“Aston Villa perlu menanggung akibat daripada keputusan ini,” kata mereka di X.
Menteri Luar Negara Haram, Gideon Sa’ar, menyifatkan keputusan itu sebagai “memalukan” dan mengguris perasaan hati penyokong Maccabi Tel Aviv. Dia segera menggesa pihak berkuasa membatalkan polisi itu.
Beberapa acara sukan baru-baru ini turut menyaksikan protes berkaitan peperangan di Gza, termasuk semasa pasukan kebangsaan Negara Hram menentang Norway dan Itali dalam kelayakan Piala Dunia.