Kita memang tidak boleh lari untuk buat pinjaman lebih-lebih lagi dalam pembelian kereta atau pun rumah. Bagaimanapun, jika tidak pandai mengawal nafsu, ia akan menjerat diri di kemudian hari.

Seorang perunding kewangan telah berkongsi satu kisah bagaimana seorang kakitangan kerajaan sanggup memohon pinjaman baharu walaupun komitmen sudah terlalu tinggi pada setiap bulan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan ada individu bekerja sebagai kakitangan kerajaan mahu membuat pinjaman peribadi baharu. Apabila diminta maklumat berkaitan, alangkah terkejutnya perunding itu apabila mengetahui gaji kakitangan itu mencapai RM4,500 namun setelah ditolak dengan komitmen sedia ada hanya tinggal RM700 sahaja.

Secara kasarnya, hampir 90% daripada gaji penuh iaitu RM3,800 telah habis untuk membayar komitmen bulanannya.

“Gaji dia daripada 4.5K ditolak itu ini tinggal 700 bersih je. 3.8K deduction. Gilaaa!!!”, kongsi di ciapan itu.

Wanita itu turut mendedahkan permohonan pinjaman itu dibatalkan dan agak mengejutkan apabila pemohon sebenarnya baru mempunyai seorang anak tetapi komitmen sudah terlampau tinggi.

Hantaran ciapan itu lantas meraih perhatian netizen yang mana rata-raranya meluahkan rasa terkejut kerana masih ada individu sanggup menambah pinjaman walaupun sudah mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

Ramai juga risau dengan tahap keberhutangan kewangan yang semakin serius di kalangan sesetengah kakitangan awam kerana permohonan pinjaman yang mudah diterima.

“Keberhutangan kewangan yang serius. Sepatutnya tak boleh lebih dari 60% dari gaji”, kongsi seorang netizen.

“Ramai yang ada mindset kerja  government mudah nak buat loan. Salah satu penyebab keberhutangan tinggi di kalangan kakitangan awam,” ujar seorang netizen lagi.

“Ye. Ramai yg terperangkap dgn hutang sbb terlalu mudah nak berhutang. Itu u tak tengok shopee paylater, grabpaylater dia lagi,” kongsi seorang netizen.

“Menikmati sisa-sia kehidupan selepas bersara tanpa hutang adalah satu nikmat paling berharga, lapang kepala, nasihat seorang netizen berhubung ketenangan di usia senja jauh lebih baik tanpa hutang.

Susulan itu, sebahagian netizen menasihati kepada orang ramai agar lebih cakna dalam pengurusan kewangan kerana tiada jalan pulang jika sudah diisytiharkan muflis kelak.

Sumber