Legenda Jerman dan Bayern Munich, Oliver Kahn menganggap Liga Jerman sebagai liga yang membosankan dan tidak kompetitif.

Ini kerana menurut Kahn, jurang kuasa ekonomi kelab lain sangat jauh daripada Bayern Munich.

Oliver Kahn berpendapat, pada era dia bermain dahulu, Liga Jerman lebih kompetitif dan menarik.

“Ketika era saya bermain, Bundesliga lebih kompetitif dan lebih banyak pasukan bergelas  juara Jerman.

“Namun liga Jerman pada  hari ini bukanlah liga yang benar benar adil. Bagaimana pasukan dengan budget €30-40 juta mahu bersaing dengan Bayern yang memiliki budget €300 juta?

“5 pemain simpanan Bayern sahaja, lebih bernilai daripada semua kelab di kedudukan 3 terbawah [dari segi ekonomi]

“Jurang ini menjadi semakin besar kerana jumlah pertandingan yang bertambah membuatkan berlaku inflasi. Misalnya Piala Dunia Kelab di mana kelab boleh meraih pendapatan yang sangat besar.

Oliver Kahn akui Liga Jerman membosankan dan tiada siapa nak tengok

Seterusnya, Oliver Kahn menyatakan bahawa, setiap tahun peminat sudah meramalkan Bayern Munich akan menjadi juara.

Apabila pasukan seperti Bayer Leverkusen merampas kejuaraan musim sebelum ini, ianya dianggap pencapaian sangat luar biasa.

Sedangkan satu ketika dahulu, ianya perkara biasa, menurut Kahn. Legenda itu akui bahawa perkara ini membuatkan Liga Jerman sangat membosankan dan gagal menarik perhatian peminat terutama sekali penyokong di luar negara.

Kahn berkata: “Sistem ini semakin rumit dengan persaingan kejuaraan liga semakin mudah kita ramal siapa akan juara. Ianya membuatkan liga menjadi sangat membosankan.”