Pada 11 Januari lalu telah menyaksikan Oppo melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Oppo Reno11 Pro. Hadir dengan tagline ‘The Potrait Expert’ model ini memfokuskan kepada imej yang diambil menerusi mod potret.

Seperti nama modelnya, Oppo Reno11 Promerupakan model generasi ke-11 daripada siri Reno. Meskipun berada dalam kategori mid-range, model ini dilihat turut meminjam beberapa fungsi yang tersedia pada peranti flagship Oppo. Berikut merupakan review penuh mengenai Oppo Reno11 5G.

Baca Juga:

Reka bentuk yang nipis dan moden

Pada model ini, dapat dilihat Oppo banyak mengekalkan reka bentuk yang hampir sama berbanding model sebelum ini. Selain itu, model ini amat selesa untuk dipegang berikutan saiznya yang nipis dan ringan.

Pada bahagian hadapan, skrinnya mempunyai lengkung pada kedua-dua belah bahagian seakan telefon pintar flagship yang berada di pasaran.

Perubahan ketara yang dapat dilihat bagi model ini adalah saiz bonggol kamera belakang yang semakin besar dan tebal. Walau bagiamanapun, saiznya tidaklah sehingga menganggu penggunaan seharian.

Output bunyi yang dikeluarkan hanyalah mono dan tidak disertakan dengan fungsi Dolby Atmos. Sistem NFC, imbasan jari dan wajah antara yang tersedia bagi model ini.

Skrin dan paparan

Mengulas mengenai skrin, model ini hadir dengan skrin 6.7-inci OLED 120Hz dengan resolusi 2.4K dengan ketumpatan pixel 349ppi.

Oppo memaklumkan model ini mampu memancarkan kecerahan paparan mencecah 900nits yang pastinya tidak ada masalah untuk digunakan pada sebarang situasi. Sokongan HDR10 antara yang turut tersedia.

Sepanjang penggunaan, kami amat berpuas hati dengan paparan yang tersedia. Warna yang dihasilkan cukup terang dan jelas. Selain itu, tiada masalah melibatkan paparan sepanjang penggunaan dialami oleh kami.

Spesifikasi

Oppo Reno11 Pro 5G dikuasakan oleh processor MediaTek Dimensity 8200, RAM 12GB beserta 256GB ruang storan. Selain itu, para pengguna berpeluang menambah sehingga 12GB RAM secara maya menerusi bahagian storan.

Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menggunakan Oppo Reno11 Pro dengan RAM sehingga 24GB.

Meskipun Oppo Reno11 Pro mungkin tidak mempunyai kuasa pemprosesan tertinggi bagi peranti dalam kategori mid-range, model ini boleh dikatakan cukup baik untuk sebahagian besar pengguna.

Hal ini, model ini sudah mampu menjalankan proses daripada pelbagai aplikasi dengan baik. Paparan 120Hz yang tersedia sekaligus membuatkan penggunaan Oppo Reno11 terasa sangat lancar.

Mengulas mengenai kapasiti bateri, model ini ditawarkan dengan bateri 4,600mAh beserta pengecasan pantas 80W. Berdasarkan percubaan, pengguna hanya memerlukan sekitar satu jam sahaja untuk membuat pengecasan penuh model ini.

Dikuasakan oleh ColorOS 14

Oppo Reno11 Pro dikuasakan oleh ColorOS 14 berasaskan Android 14. Oppo memilih rekaan Aquamorphic yang difahamkan membeli lebih ketenangan buat para pengguna baik dari bunyi mahupun interaksi.

Selain itu, pelbagai ciri AI turut diperkenalkan dalam memudahkan pengguna seperti Smart Charging yang membolehkan peranti menyesuaikan arus elektrik berdasarkan status penggunaan telefon pintar.

Fungsi Smart Image Matting pula membolehkan pengguna memindah subjek dengan mudah untuk dijadikan sticker dan sebagainya seperti mana yang tersedia pada Apple iOS 17.

Kamera

Tidak sah rasanya jika tidak membincangkan soal kamera peranti yang dilabel sebagai The Potrait Expert ini. Oppo Reno11 Pro masih lagi mengekalkan penawaran tiga kamera pada bahagian belakang di mana kamear utama dilengkapi dengan sensor 50-megapixel.

Kamera kedua dan ketiga masing dilengkapi dengan sensor 32-megapixel menyediakan zoom optikal 5X dan 20X dan sensor 8-megapixel bagi sudut ultra lebar.

Fungsi OIS juga turut tersedia dalam membolehkan pengguna mendapatkan gambar yang jelas serta bebas daripada gegaran. Kamera hadapan pula hadir dengan sensor 32-megapixel beserta autofocus. Berikut merupakan gambar yang diambil menerusi Oppo Reno11 Pro.

Diambil dari jarak 1X
Diambil dari jarak 2X
Diambil dari jarak 5X
Diambil dari jarak 1X
Diambil dari jarak 2X
Diambil dari jarak 5X
Diambil menggunakan mod potret
Diambil menggunakan mod potret

Berdasarkan percubaan, dapat dilihat model ini boleh dikatakan cemerlang dalam mendapatkan imej terbaik khususnya menerusi mod potret. Sokongan OIS yang tersedia sangat membantu dalam mendapatkan gambar yang stabil tanpa gegaran.

Selain itu, kami amat sukakan dengan fungsi filter dan image processing yang tersedia pada peranti ini dalam membolehkan pengguna mendapatkan imej seperti yang diinginkan.

Harga

Mengulas mengenai harga, Oppo Reno11 Pro ditawarkan pada harga RM2,499. Sebuah harga yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah bagi peranti mid-range.

Model ini lebih sesuai menjadi pilihan buat mereka yang kerap mengambil gambar baik dari segi gambar swafoto mahupun potret.

Sekiranya anda mahukan sebuah peranti yang nipis, ringan beserta fungsi AI, mungkin Oppo Reno11 Pro antara yang boleh dijadikan sebagai pilihan.