Marcus Rashford menerima kritikan hebat susulan persembahannya dalam beberapa perlawanan terbaharu, dengan bahasa tubuh serta mentalitinya menjadi perhatian selepas Manchester United sekadar seri dengan Fulham dalam perlawanan yang mengecewakan.

Pemain serangan itu kini bergelut untuk memberikan impak positif selepas kembali ke Old Trafford dan masih gagal merekodkan sebarang sumbangan gol setakat ini.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, Micheal Owen menyuarakan kebimbangan serius mengenai Marcus Rashford.

Selepas kembali daripada tempoh pinjaman bersama Aston Villa dan Barcelona, Rashford telah diturunkan dalam kesebelasan utama Manchester United bagi empat daripada lima perlawanan Liga Perdana Inggeris, namun beliau masih belum merekodkan sebarang gol atau bantuan jaringan selepas beraksi lebih 400 minit.

Micheal Owen Dedah Kelemahan Marcus Rashford

“Di sebelah kiri, Marcus Rashford mungkin merupakan pemain yang paling tidak menyerlah dalam kalangan barisan penyerang tersebut,” ujar Owen menurut sumber laporan Goal.

“Dia sekali lagi kelihatan tidak begitu menyerlah hari ini dari segi bahasa tubuhnya, dengan wajahnya yang muram. Dia nampaknya tidak menikmati permainannya dan perkara itu sudah lama menjadi punca kekecewaan apabila membabitkan Marcus.”

“Dia mungkin perlu meningkatkan lagi prestasinya dalam barisan tiga penyerang itu kerana posisinya merupakan bahagian serangan yang paling terdedah ketika ini.”

“Sudah ada desakan supaya Benjamin Sesko kembali diturunkan sebagai pemain utama, bergantung kepada keadaan kecederaannya. Jika itu berlaku, Cunha akan bermain di sebelah kiri dan Rashford akan menjadi pemain yang paling mudah diketepikan dalam barisan serangan tersebut berdasarkan keadaan semasa.”

Sumber