Kereta lumba kawalan jauh yang dijual oleh Shell pada bulan Oktober lalu telah mendapat sambutan yang sangat baik sehinggakan orang ramai sanggup memandu jauh untuk mengumpul set mainan tersebut.

Baru-baru ini Pak Cik Shell berkongsi melalui hantaran Instagram memberitahu kepada orang ramai di mana beliau mahu menjual koleksi set lengkap ‘Shell Motorsport Collection’ miliknya sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tujuan beliau mahu menjualnya bagi membiayai tajaan baju seragam pelajar sekolah yang susah.

“Jika sayang, lepaskan! Saya gigih pergi stesen setiap awal pagi Sabtu untuk isi minyak dan kumpul kereta.

“Alhamdulilah sudah lengkap set, siap dengan dua bateri dan kotak yang tersangar ‘rare’. Saya nak tawarkannya untuk dijual.

“Sebenarnya nak simpan sebab susah nak cari set ini. Tapi mungkin ada kebaikkan untuk orang lain,” ujar Pak Cik Shell

Menurut Pak Cik Shell, beliau akan menggunakan seluruh wang yang diterimanya nanti untuk membeli pakaian seragam sekolah.

Set itu akan ‘dilepaskan’ kepada pembeli yang paling bermurah hati dan kos kurier akan ditanggung sepenuhnya oleh Pak Cik Shell.

Hantaran Instagram itu telah mendapat komen-komen daripada netizen yang berminat untuk memilikinya.

Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell

Pada masa sama orang ramai terharu apabila Pak Cik Shell sanggup menjual set koleksi peribadi itu sendiri walaupun ia sukar dicari pada hari ini. Netizen turut mendoakan kerja amal yang dilakukan beliau.

Jika anda berminat memiliki set kereta lumba kawalan jauh dan pada sama mahu ‘berkongsi saham pahala’, bolehlah komen harga yang anda mahu beli di sini atau hantarkan DM kepada Pak Cik Shell secara terus.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.