Baru-baru ini, sebuah restoran yang menjual roti daging Muslim di ibu kota jadi bualan apabila terdapat seorang pekerja didapati memakai rantai salib ketika menyediakan makanan lalu menimbulkan kegusaran ramai.

Susulan itu, pihak pengurusan restoran telah meminta maaf kepada orang ramai dan mengatakan pekerja itu sudah diberhentikan kerja serta menjawab persoalan netizen berkaitan status halal restoran itu dimana masih dalam proses.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas respon pihak pengurusan restoran dilaporkan, dapat dilihat ramai orang menzahirkan rasa pelik apabila pihak pengurusan memberhentikan pekerja itu.

Bukan itu sahaja, menjengah ke media sosial, rata-rata netizen berpendapat tidak seharusnya hal ini terjadi kerana ia seperti satu diskriminasi.

Sebagai majikan, mungkin hanya boleh menasihati pekerja itu tidak memakai rantai dengan salib ketika bekerja dan bukannya memecatnya.