Dalam sebuah video di media sosial baru-baru ini, pelawak China Winnie Jiang mencetuskan ribut kritikan daripada netizen Malaysia selepas dia memuat naik video yang berkongsi reaksinya terhadap hidangan ikonik Malaysia iaitu asam laksa, rojak dan ais kacang.

Memetik laporan MS News, video yang disiarkan itu mempamerkan ulasan jujur beliau tentang hidangan asam laksa, rojak, dan ais kacang yang telah menarik komen kecaman daripada penonton Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Video berdurasi 35 saat itu dimulakan dengan Jiang meluahkan ketidakselesaannya terhadap aroma asam laksa, dirujuknya sebagai “berbau busuk” dan mencuba hidangan tersebut sambil menutup hidung.

Beralih kepada rojak, Jiang kelihatan bingung dengan makanan tersebut serta bergelut untuk memahami apa yang terkandung di dalam hidangan tersebut ketika diterangkan oleh juruwang.

Video itu diakhiri dengan dia mencuba ais kacang yang didakwanya berbau seperti ‘minyak angin’.

Komen balas daripada netizen Malaysia berbunyi kecaman, dengan ramai yang menyatakan kemarahan terhadap kenyataan Jiang yang seolah-olah meremehkan hidangan tempatan.

Komen membanjiri platform media sosial, mengutuk Jiang kerana tidak menghormati dan memahami budaya dan masakan Malaysia.

Ada yang menuduhnya tidak sensitif terhadap budaya dan menggesanya supaya jangan menghina makanan dari negara lain.

Menjawab kecaman tersebut, Jiang menjelaskan niatnya, menegaskan bahawa video itu tujuan adalah untuk berkomedi dan bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan rakyat Malaysia.

Sebagai pelawak profesional, dia menjelaskan bahawa mendokumentasikan detik-detik lucu dalam hidupnya adalah aspek asas dalam kerjanya.

Jiang juga menjelaskan bahawa penggunaan istilah “berbau busuk” bukan bermaksud untuk memburukkan masakan Malaysia tetapi lebih kepada perbezaan budaya dalam tafsiran bahasa.

Dia memetik contoh daripada masakan Cina di mana istilah “bau” digunakan untuk menggambarkan hidangan tertentu tanpa konotasi negatif.

Sumber