Pelawak terkenal yang ditahan di Jeddah sedang menjalani hukuman penjara selama 6 bulan, lapor Berita Harian.
Menurut sumber kepada Berita Harian, hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya pada November lalu.
Baca Juga:
- Kedutaan Besar, Konsulat Jeneral Malaysia Beri Bantuan Konsulat Kepada Pelawak Ditahan Di Jeddah
- Pelawak Terkenal Sudah 2 Bulan Ditahan Di Jeddah Disyaki Bawa Dadah Ketika Perjalanan Tunai Umrah
- Pelawak Terkenal Disyaki Miliki Ganja Semasa Umrah Ditahan Di Jeddah?
Tambahnya lagi, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.
“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” katanya kepada pihak Berita Harian hari ini.
Terdahulu, Kedutaan Besar, serta Konsulat Jeneral Malaysia menyatakan pihak mereka memberikan bantuan konsulat kepada pelawak tersebut sepanjang penahanannya di negara Tanah Arab itu.