Pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC kembali memboikot sesi latihan menjelang perlawanan Liga Super musim 2024/2025 menentang Terengganu FC yang dijadualkan berlangsung pada 19 October ini.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom, boikot tersebut dijalankan selepas tiada langkah proaktif yang diambil pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji.

Baca Juga:
- Tiada Duit Isi Minyak Kereta, Pemain Kedah Terpaksa Jalan Kaki Ke Tempat Latihan
- Kesan Boikot, Kedah Terpaksa Pakai ‘Ubi Muda’ Lawan KL City
- Gaji Tidak Dibayar, Pemain Kedah Boikot Sesi Latihan
BOIKOT 2.0 di Alor Setar
Selepas seri 2-2 dengan Sri Pahang, boikot latihan bersambung rentetan tiada tindakan proaktif dari pihak pengurusan selesaikan isu tunggakan gaji.
19 Oct jumpa TFC guna pemain SUKMA lagi ke ?@ASTROARENA pic.twitter.com/1DAHlWBqQb
— FinaNasrom (@fnasrom) October 2, 2024
Sebelum ini, langkah sama diambil oleh pemain Kedah Darul Aman sebelum aksi menentang Kuala Lumpur City yang mana pasukan itu tewas dengan keputusan 5-0.
Ketua jurulatih pasukan, Nafuzi Zain terpaksa menurunkan pemain muda yang baru sahaja menjalani latihan selepas tamat Sukan Malaysia (SUKMA).
Pemain senior kemudiannya kembali diturunkan dalam perlawanan menentang Sri Pahang yang mana kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2.
Masalah tunggakan gaji ini bagaikan tiada kesudahan dimana musim ini, ada beberapa pasukan yang gagal membayar gaji dan pegawai pasukan selama beberapa bulan.
Para pemerhati sukan juga berpendapat Liga Malaysia berpotensi lingkup dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya isu tunggakan gaji tidak diselesaikan secara serius menerusi transformasi.
Selain Kedah dan KL City, beberapa pasukan lain dalam Liga Super turut dilaporkan mengalami tunggakan gaji seperti Sri Pahang, Sabah dan Perak.