Tujuh wakil Malaysia beraksi cemerlang untuk  melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau 2025.

Menarik untuk disaksikan apabila Justin Hoh memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan pemain pilihan ketujuh kejohanan dari India, Ayush Shetty dengan kemenangan ‘straight set’ 21-18, 21-16.

Baca Juga:

Kecemerlangan itu dituruti pasangan beregu campuran, Jimmy Wong-Lai Pei Jing yang menundukkan pilihan kelima, Dhruv Kapila-Tania Crasto juga dari India dengan mata 19-21, 21-13, 21-18.

Pilihan pertama kejohanan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula berjaya mengenepikan cabaran pasangan China, Li Hong Yi-Huang Ke Xin 21-18, 21-13.

Senarai Pemain Malaysia Ke Suku Akhir Terbuka Macau 2025
Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS.

Wakil keempat Malaysia, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong pula berhempas pulas sebelum dapat menundukkan pasangan beregu lelaki Indonesia, Muh Putra Erwiansyah-Daniel Edgar Marvino 21-14, 15-21, 21-17.

Kemudiannya, Goh V Shem yang berpasangan dengan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu berjaya menewaskan satu lagi gandingan dari Indonesia, Rahmat Hidayat-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan 21-18, 21-18.

Wan Arif Junaidi-Yap Roy King juga tidak mengecewakan selepas pilihan keempat itu mengatasi pasangan India, Pruthvi Krishnamurthy Roy-K. Sai Pratheek 21-18, 21-18.

Choong Hon Jian-Haikal Nazri menjadi wakil terakhir negara mara ke suku akhir hasil kemenangan ke atas Tori Aizawa-Daisuke Sano dari Jepun 21-14, 21-19.

Senarai Pemain Malaysia Ke Suku Akhir Terbuka Macau 2025
Wan Arif Junaidi-Tap Roy King. Kredit Foto: NSTP/ASYRAF HAMZAH

Wakil Malaysia Ke Suku Akhir Terbuka Macau 2025

Perseorangan Lelaki

Justin Hoh

Beregu Lelaki

Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

Choong Hon Jian-Haikal Nazri

Choi Sol Gyu-Goh V Shem

Beregu Campuran 

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

Jimmy Wong-Lai Pei Jing