Kejohanan Badminton Dunia 2025 bakal bermula petang ini yang menarik kehadiran barisan pemain-pemain terbaik dunia untuk berentap di Adidas Arena, Perancis.

Walaupun tidak menawarkan hadiah wang tunai tetapi kejohanan ini bakal memberikan mata ranking yang tinggi kepada para pemenang.

Baca Juga:

Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih lagi kekal sebagai satu-satunya juara dunia pernah dimiliki Malaysia hasil kejayaan mereka pada edisi 2022 di Jepun.

Dalam usaha untuk mengulangi pencapaian tersebut kali ini, harapan kem Malaysia disandarkan kepada 13 wakil untuk turun bersaing.

Dalam perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang berehat panjang ekoran kecederaan panjang dialami bakal kembali membuat penampilan bersama Leong Jun Hao.

K. Letshanaa dan Goh Jin Wei pula menggalas cabaran dalam sektor perseorangan wanita.

Aaron-Wooi Yik pula akan terus dijadikan sandaran dalam sektor beregu lelaki manakala cabaran beregu wanita pula bakal digalas Pearly Tan-M. Thinaah.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan mengetuai perjuangan negara dalam beregu campuran.

Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia dalam Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Perancis:

Pemain Malaysia Di Kejohanan Dunia 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

2) Lee Zii Jia

Perseorangan Wanita

3) K. Letshanaa

4) Goh Jin Wei

Beregu Lelaki

5) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

6) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

7) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

8) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

Beregu Wanita

9) Pearly Tan-M. Thinaah

10) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

Beregu Campuran

11) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

12) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

13) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin