Tumpuan pemain dan peminat badminton dunia akan beralih ke kejohanan Terbuka Australia 2025 yang akan bermula esok di Quaycentre, Sydney Olympic Park.

Kem Malaysia pastinya terus mengimpikan peluang untuk muncul juara selepas Pearly Tan-M. Thinaah melakukannya di Kumamoto Masters Jepun semalam.

Baca Juga:

Terbuka Australia merupakan kejohanan yang berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dimana ia menarik minat kehadiran pemain handalan dunia seperti Jonatan Christie, Kodai Naraoka, An Se Young, Ratchanok Intanon serta gandingan utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Kejohanan ini juga menyaksikan Malaysia menghantar 18 wakil termasuk dua daripadanya yang akan terlebih dahulu beraksi di pusingan kelayakan.

Masih dalam proses pemulihan kecederaan, Lee Zii Jia yang merupakan juara bertahan tidak akan beraksi pada kali ini.

Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai Terbuka Australia 2025:

Wakil Malaysia Di Terbuka Australia 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

2) Justin Hoh

3) Aidil Sholeh Ali Sadikin

4) Eogene Ewe – Kelayakan

5) Lim Ming Hong – Kelayakan

Perseorangan Wanita

6) K. Letshanaa

7) Wong Ling Ching

Beregu Lelaki

8) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

9) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

10) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

11) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

12) Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri

13) Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian

14) Goh V Shem – Choi Sol Gyu (Korea Selatan)

Beregu Campuran

15) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

16) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

17) Jimmy Wong-Lai Pei Jing

18) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien