Barisan pemain TRW Kelantan menafikan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Ahmad Muzakkir Hamid yang mengatakan pihak pengurusan sudah menyelesaikan tunggakan gaji hampir 90 peratus.

Menurut perkongsian Berita Bola Kelantan di laman media sosial x, antara pemain Kelantan yang menafikan dakwaan tersebut ialah Hafizan Ghazali dan Fazrul Amir dimana kedua-dua pemain mendakwa masih belum menerima baki gaji sejak bulan Ogos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Hafizan, 1 peratus dari tunggakan gaji masih belum diterimanya dan dakwaan ini bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Muzakkir Hamid baru-baru ini.

Dalam satu wawancara bersama Astro Arena, Muzakkir menyatakan kini pihaknya sudah 90 peratus dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain. Ini bertepatan dengan permintaan dari First Instance Body (FIB) untuk memastikan pasukan itu memperoleh lesen bagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Progress kita sudah 90 peratus. Jika tiada halangan, kami akan menyempurnakan apa yang diminta oleh FIB. Menjelang 30 November, maka kita akan selesaikan semua,” katanya.

Sebelum ini, TRW Kelantan tidak diberikan lesen kerana beberapa perkara dimana kelab itu dikenakan denda RM20,000 atas kesalahan tidak mematuhi tempoh masa FIB. Pihak FIB memberikan peluang terakhir sehingga 30 November untuk menyerahkan bukti bayaran tunggakan gaji sehingga 31 Ogos ataupun persetujuan bersama pemain dan pegawai kelab.

Selain itu, Kelantan perlu menghantar surat deklarasi yang membuktikan bahawa mereka bebas daripada sebarang tunggakan sehingga 30 November mengikut sub-kriteria kewangan F.09 Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 beserta penyelesaian untuk kes-kes yang mempunyai keputusan FIFA dan FAM sebelum 31 Disember 2023.

Mengulas mengenai perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata Kelantan mungkin berdepan nasib sama seperti Melaka United dan Sarawak United sekiranya gagal menghantar dokumen yang diperlukan mengikut tarikh yang diberikan oleh FIB.

โ€œJika Kelantan tidak memenuhi syarat-syarat FIB mengikut tarikh yang ditetapkan, secara automatik pasukan itu akan menyingkirkan diri mereka sendiri dari saingan Liga Malaysia musim hadapan,โ€ katanya.

Dalam masa yang sama, Stuart masih berharap saingan Liga Super musim hadapan masih diisi oleh 14 pasukan dan Kelantan segera menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi ketika ini dan memenuhi syarat-syarat FIB.

โ€œKami harap Liga Super kekal dengan 14 pasukan. Pada masa ini, slot ke-14 liga berada di tangan pasukan itu sendiri. MFL selaku organisasi liga bola sepak negara ini berharap slot itu diisi oleh Kelantan dengan mengikuti syarat yang telah ditetapkan,โ€ tambahnya.