Pemandu kereta BYD Seal berusia 24 tahun yang terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan hingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan di Jalan Kuching Sabtu lalu, bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek ditahan sejurus dibenarkan keluar dari hospital bagi membantu siasatan lanjut.

Tragedi Jalan Kuching: CIMB Keluar Kenyataan Rasmi, Sedia Ambil Tindakan Sewajarnya

Pemandu berkenaan ditangkap di Hospital Damansara pada jam 11.30 pagi tadi, sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital, petik Harian Metro.

Menurut beliau, suspek kemudiannya dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 12.30 tengah hari bagi tindakan susulan sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Suspek akan berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret esok berhubung insiden berkenaan.

Sumber