Peminat bola sepak tanah air mengkritik cara ketua pasukan skuad B-23 Tahun negara, Mukhairi Ajmal membuat kenyataan selepas aksi terakhir peringkat kumpulan saingan AFC B-23 Tahun menentang Kuwait baru-baru ini.

Skuad bimbingan Juan Torres Garrido itu tewas dengan keputusan 2-1 kepada Kuwait sekaligus gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dan pulang tanpa sebarang mata.

Baca Juga:

Mendapat kritikan hebat penyokong bola sepak tanah air, Mukhairi tanpa berselindung turut mengakui dirinya tidak bermain dengan baik sepanjang kejohanan tersebut.

“Saya memang kecewa dengan diri saya sendiri. Ini merupakan [kejohanan] AFC yang kedua dan yang terakhir buat saya. Bukan hari yang baik untuk saya.

“Mungkin bukan dekat sini yang terbaik untuk saya, mungkin di tempat lain. Saya tahu orang tak suka dengan saya, tak mengapa saya harap benda ini dapat perbaiki diri saya.”

“Saya rasa saya bermain dengan teruk pada setiap perlawanan. Lagipun kita masih belum bermula musim, jadi kita tiada ‘match fitness’ yang baik.”

“Tetapi orang mengharapkan saya, mereka ingat saya seorang sahaja bermain dalam padang, kerana saya dah lama [bermain] saya kena bertanggungjawab sebagai seorang kapten,” ujar Mukhairi menurut sumber laman Twitter Astro Arena.

Peminat kemudiannya mengkritik cara Mukhairi Ajmal membuat kenyataan dimana rata-rata dari mereka kecewa dengan cara beliau yang merupakan ketua pasukan selain menggesa agar pemain Selangor itu perlu lebih profesional.

“Ni apa punya cara handle press? Kata player pro tapi cara cakap depan media macam budak kampung. Aku memang dah lama geram cara athlete Malaysia handle benda macam ni. Tak positif betul mentaliti,” tulis salah seorang pengguna X.

“Astaga. Tak belajar handle media ke? Cakap macam takda pedoman,” tulis pengguna laman sosial media X.