Seoorang pempengaruh di X meminta kerajaan memberikan kuota tambahan khas kepada individu yang bekerja ulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur, agar mendapat kuota minyak tambahan dalam BUDI95.
BUDI95 hanya memberikan kuota minyak RON95 sebanyak 300 liter sebulan.
Menurut pempengaruh di X itu, kuota tersebut mungkin cukup untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang dan bekerja di sekitarnya.
Namun untuk mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur berulang alik ke tempat kerja di Kuala Lumpur, kuota tersebut dianggap satu jenaka.

Pempengaruh tersebut memetik laporan sebuah portal yang menggariskan tentang rungutan individu yang menganggap 300 liter sebulan tidak cukup untuk mereka yang berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka.
Siditious berkata: “Orang yang tinggal di KL atau Lembah Klang pasti tiada masalah, namun inilah realiti untuk kebanyakan orang yang tinggal di luar Kuala Lumpur, namun berulang alik setiap hari bekerja di Kuala Lumpur.
“Kuota 300 liter sebulan adalah satu jenaka. Golongan ini patut mendapat kuota tambahan.”
People who stay in KL/Klang Valley would not have this problem but this is the reality for most people who live outside of KL but commute daily to work in KL. 300L a month limit is a joke. They should be given additional quota. pic.twitter.com/ik356J4tzz
— Siditious (@Solisidtor) October 1, 2025
Pandangannya mendapat reaksi berbeza. Ada yang setuju ada juga yang kurang setuju. Ada yang berpendapat: “Kenapa perlu berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur?
“Sedangkan boleh pindah ke Seremban atau Bangi? Ini soal pilihan, kerajaan bagi subsidi untuk golongan yang tepat, kau pakai lebih, kau bayar lebih, macam eletkrik hari itu.”
Seterusnya ada juga yang mempersoalkan: “Awak biar betul? Kalau kerajaan bagi kuota tambahan kepada golongan ini, itu sudah dianggap pilih kasih.”
Ada juga yang menegaskan: “Kalau dah ulang alik Melaka ke Kuala Lumpur, bermakna kamu itu bukan golongan tidak berduit.”
Pandangan lain turut menyebut bahawa jarang mereka bergaji RM3,000 sebulan sanggup ulang alik kerja dari Melaka ke Kuala Lumpur, kecuali bergaji sekurang kurangnya RM6,000 dan ke atas.
“Takkan, kau yang putuskan berulang alik jauh jauh, kerajaan pula kena tanggung? Banyak cekadak pula kau,” tulis netizen.