Dalam sejarah Piala Dunia, posisi penjaga gol sering menjadi watak yang tidak selalu mendapat perhatian utama, namun hakikatnya mereka adalah benteng terakhir yang menentukan nasib sesebuah pasukan.

Di pentas terbesar bola sepak dunia ini, satu aksi penyelamatan boleh menjadi perbezaan antara kegembiraan dan kekecewaan.

Antara statistik yang sering dijadikan ukuran kehebatan seorang penjaga gol di Piala Dunia ialah jumlah clean sheet iaitu perlawanan tanpa dibolosi lawan.

Rekod ini bukan sahaja mencerminkan ketangkasan individu, tetapi juga disiplin keseluruhan benteng pertahanan sesebuah pasukan yang berjaya mengekang serangan lawan di peringkat tertinggi.

Sepanjang sejarah kejohanan, hanya segelintir penjaga gol elit dunia yang mampu mengekalkan konsistensi luar biasa untuk mencatat jumlah clean sheet yang tinggi.

Penjaga gol dengan nama-nama besar ini bukan sahaja membantu pasukan mereka mara jauh dalam kejohanan, malah ada yang menjadi tonggak ketika menjulang trofi Piala Dunia.

Berikut adalah senarai penjaga gol yang mencatatkan jumlah clean sheet terbanyak dalam sejarah Piala Dunia menurut sumber laporan FIFA:

Penjaga Gol Dengan Clean Sheet Terbanyak Di Piala Dunia

10 Clean Sheets

Fabian Barthez (Perancis) 

1998: 5 clean sheets dalam 7 penampilan

2002: 1 clean sheet dalam 3 penampilan

2006: 4 clean sheets dalam 7 penampilan

Peter Shilton (England) 

1982: 4 clean sheets dalam 5 penampilan

1986: 3 clean sheets dalam 5 penampilan

1990: 3 clean sheets dalam 7 penampilan

8 Clean Sheets

Jang Jongbloed (Belanda) 

1974: 5 clean sheets dalam 7 penampilan

1978: 3 clean sheets dalam 5 penampilan

Leao (Brazil) 

1970: Dalam pasukan tetapi tidak beraksi

1974: 4 clean sheets dalam 7 penampilan

1978: 4 clean sheets dalam 7 penampilan

1986: Dalam pasukan tetapi tidak beraksi

Thibaut Courtois (Belgium) 

2014: 2 clean sheets dalam 5 penampilan

2018: 3 clean sheets dalam 7 penampilan

2022: 2 clean sheets dalam 3 penampilan

2026: 1 clean sheet dalam 2 penampilan (masih beraksi)

Sepp Maier (Jerman Barat)

1966: Dalam pasukan tetapi tidak beraksi

1970: Dalam pasukan tetapi tidak beraksi

1974: 4 clean sheets dalam 7 penampilan

1978: 4 clean sheets dalam 6 penampilan

Claudio Taffarel (Brazil)

1990: 2 clean sheets dalam 4 penampilan

1994: 5 clean sheets dalam 7 penampilan

1998: 1 clean sheet dalam 7 penampilan

Hugo Lloris (Perancis)

2010: 1 clean sheet dalam 3 penampilan

2014: 3 clean sheets dalam 5 penampilan

2018: 3 clean sheets dalam 6 penampilan

2022: 1 clean sheet dalam 7 penampilan

7 Clean Sheets

Alisson Becker (Brazil)

2018: 3 clean sheets dalam 5 penampilan

2022: 2 clean sheets dalam 4 penampilan

2026: 2 clean sheets dalam 3 penampilan (Masih beraksi)

Gilmar (Brazil)

1958: 4 clean sheets dalam 6 penampilan

1962: 2 clean sheets dlam 6 penampilan

1966: 1 clean sheet dalam 2 penampilan

Iker Casillas (Sepanyol)

2002: 1 clean sheet dalam 5 penampilan

2006: 1 clean sheet dalam 3 penampilan

2010: 5 clean sheets dalam 7 penampilan

Fernando Muslera (Uruguay)

2010: 3 clean sheets dalam 7 penampilan

2014: 1 clean sheet dalam 4 penampilan

2018 3 clean sheets dalam 5 penampilan

2026: 0 clean sheet dalam 2 penampilan (Masih beraksi)

Manuel Neuer (Jerman)

2010: 3 clean sheets dalam 6 perlawanan

2014: 4 clean sheets dalam 7 perlawanan

2026: 0 clean sheet dalam 2 penampilan (Masih beraksi)