Perak yang sama seperti pasukan lain giat mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim 2024/25 baharu sahaja melancarkan jersi ketiga dengan sentuhan warna ‘turquoise’.

Penerapan elemen yang sedikit berbeza ditampilkan oleh Cheetah berbanding kebiasaan dimana yang amat jarang dapat disaksikan Perak menggunakan warna tersebut.

Baca Juga:

Kredit Foto: Perak FC

Tinjauan di laman sosial rasmi kelab tersebut menyaksikan rata-rata peminat skuad Yob itu memuji kekemasan jersi yang dijual dengan harga RM159 (player issue) dan RM39 (fans issue).

Bagi peminat yang ingin mendapatkan jersi ini, pembelian boleh dibuat secara atas talian di laman Shopee rasmi Perak Football Club

Serba ringkas keterangan jersi ketiga (player issue). Kredit Foto: Perak FC
Fans Issue. Kredit Foto: Perak FC

Manakala yang berada di Ipoh pula, Perak FC turut menjual secara fizikal di Pejabat Perak FC di Tingkat 3, Menara SSI, Soho Ipoh pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10.00 pagi  hingga 4.00 petang.

Sama seperti jersi ‘home’ yang diperkenalkan pada 18 Februari lalu, jersi ketiga Perak ini juga turut dilengkapi dengan ‘QR Code’ bagi membantu pembeli mendaftarkan nama mereka sebagai pemilik rasmi.

Fungsi QR Code ini adalah untuk mengesahkan ketulenan jersi tersebut sambil mengelakkan daripada isu cetak rompak. Malah, dalam masa sama pengurusan Perak FC juga boleh menyimpan data maklumat para penyokong yang telah mendaftar menerusi QR Code tersebut.