Atlet renang Itali yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Thomas Ceccon mengejutkan peminat sukan dunia apabila dilihat tidur di kawasan taman.
Tidur di taman berlantaikan rumput sambil menyedut udara segar, barangkali lebih selesa berbanding tidur di atas katil. Mungkin itu punca Thomas Ceccon memilih untuk tidur di luar berbanding biliknya di Perkampungan Sukan Olimpik.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Italy's Swimmer, Thomas Ceccon sleeping outside because he was fed up with no A/C in the Olympic village. Bro, got his rest and locked🥇 pic.twitter.com/YIjjG3lwFo
— Del Walker 🇵🇸 (@TheCartelDel) August 4, 2024
Beliau juga mengadu tentang keadaan di Perkampungan Sukan Olimpik sangat teruk dan terlalu panas. Ceccon turut menyifatkan ia punca dia gagal melayakkan diri ke final 200m kuak lentang pada hari Rabu lalu.
Bintang Itali itu bergelut untuk tidur dengan selesa di perkampungan sukan selepas letih beraksi dalam acara 100m kuak lentang .
“Tiada penghawa dingin di sana, panas, makanannya teruk.
“Ramai atlet meninggalkan perkampungan sukan atas sebab ini: ia bukan alibi atau alasan, ia adalah realiti yang mungkin tidak semua orang tahu.
“Saya kecewa kerana saya tidak layak ke final tetapi saya terlalu letih. Sukar untuk tidur pada waktu malam dan petang.
“Biasanya, apabila saya di rumah, saya selalu tidur pada waktu petang: di sini saya benar-benar bergelut antara panas dan bunyi bising,” kata Ceccon selepas aksi mengecewakannya dalam saringan 200m.
Italian gold medal-winning swimmer Thomas Ceccon sleeping next to park bench. He complained about the lack of A/C and noise inside the athletes village. pic.twitter.com/xQADZ37T4h
— SAINT (@saint) August 4, 2024
Atlet dayung Arab Saudi, Husein Alireza menyiarkan video di Instagram yang menunjukkan Ceccon tidur siang dengan tuala putih di ‘Perkampungan Atlet Olimpik’.
Ceccon bukan satu-satunya atlet yang mengadu tentang Perkampungan Sukan, dengan bintang tenis, Coco Gauff mendedahkan salah seorang rakan sepasukannya memilih untuk berpindah kerana kawasan yang ‘sempit’.
Perenang Australia Ariarne Titmus pula berkata: ‘Mungkin bukan masa yang saya fikir saya mampu, tetapi tinggal di Kampung Sukan menyukarkan untuk beraksi.
Terdapat juga atlet memilih untuk menginap di hotel dan menyewa kapal mewah untuk keselesaan diri.