Kerajaan negeri Perlis telah bercadang untuk menutup secara berperingkat enam kedai perjudian di negeri itu. Rancangan ini akan dilakukan dengan tidak memperbaharui lesen operasi mereka yang dijangka tamat pada Mac tahun hadapan.

NST melaporkan, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Fakhrul Anwar Ismail, dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Perlis menyatakan kerajaan negeri tidak bercadang untuk menutup secara paksa industri perjudian atau melaksanakan larangan sepenuhnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebaliknya, mereka merancang untuk mengambil pendekatan aman dengan menghentikan industri perjudian di negeri Perlis secara beransur-ansur.

“Ini adalah sama dengan maklum balas yang diberikan oleh Menteri Besar Perlis ketika menjawab pertanyaan berkaitan ADUN lain,” kata Fakhrul Anwar.

Pada masa ini, terdapat enam pusat perjudian 4D yang terletak di Perlis – tiga di Kangar, dua di Padang Besar dan satu di Pelabuhan Perlis.

Dua daripadanya telah diperbaharui lesen operasi pada tahun ini, dengan tarikh tamat tempoh masing-masing pada Januari depan dan tiga bulan yang akan datang. Bagi empat yang lain, lesen mereka akan tamat tempoh akhir tahun ini pada bulan Julai, September dan Oktober.

Ikut jejak Kedah

Untuk rekod, jiran Perlis, negeri Kedah pula menutup sebarang aktiviti perjudian di negeri itu pada awal tahun ini apabila kerajaan negeri membuat keputusan tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mulai 1 Januari 2023.

Rancangan penutupan operasi perjudian di negeri Kedah ini telah diputuskan sejak November 2021 lagi. Keputusan itu dibuat bagi mengelak mudarat lebih besar kepada penduduk negeri berkenaan selain bagi mencapai sasaran sifar judi.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kontroversi apabila masyarakat bukan Islam mendakwa tindakan kerajaan negeri itu melanggar hak mereka sebagai rakyat Malaysia, sehingga menyebabkan Muhammad Sanusi meminta mereka membeli nombor ekor di negeri lain.