Persaingan bola sepak di utara tanah air dijangka bertambah rancak musim ini apabila Malaysia Football League (MFL) mengumumkan Perlis United FC (PUFC) akan mengisi slot ke-14 Liga Super musim 2024-2025.
Bagaimanapun, PUFC diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa (extraordinary license) yang bersyarat.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
MFL telah memaklumkan syarat-syarat berkenaan kepada PUFC dan kini sedang menunggu dokumentasi penajaan dan bukti dana mereka.
Menurut kenyataan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, dokumen dikemukakan oleh PUFC lebih kukuh berbanding tiga pasukan yang turut memohon lesen luar biasa tersebut.
Tiga kelab tersebut ialah Imigresen FC, KL Rovers FC dan Harini Selangor FT.
“Berdasarkan semakan dan penilaian teliti terhadap setiap permohonan yang dikemukakan, PUFC memiliki dokumen lebih kukuh dengan salinan surat penajaan berjumlah RM25 juta daripada empat potensi penaja iaitu Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd, Ivory Properties Group Berhad, M.A Intelligent Holdings Sdn Bhd dan Al Razi Holding (M) Sdn Bhd.
“PUFC turut telah mengemukakan salinan cek berjumlah RM5 juta daripada salah satu penaja tersebut sebagai bukti dana kewangan pasukan.
“Selain itu, kelab berkenaan juga menyerahkan surat sokongan daripada kerajaan negeri Perlis yang ditandatangani oleh Menteri Besar, YAB Tn Mohd Shukri Ramli serta surat sokongan daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA),” kata Stuart.
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa Perlis United FC (PUFC) diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa (extraordinary license) yang bersyarat bagi mengisi slot ke-14 untuk menyertai Liga Super 2024-2025.
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 7, 2024
Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan PUFC hanya akan diberikan Lesen Bersyarat Luar Biasa dengan mematuhi beberapa keperluan dan kriteria yang ditetapkan oleh FIB susulan janji dan jaminan yang diberikan kepada FIB daripada pegawai-pegawai PUFC semasa pembentangan mereka.
Setiap permohonan perlu melengkapkan kriteria dan sub-kriteria iaitu Infrastruktur, Kakitangan & Pentadbiran, Sukan, Perundangan, Kewangan dan Perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.