Penyerang Chelsea, Joao Pedro mengakui beliau langsung tidak rasa terganggu dengan persaingan bersama seorang lagi rekrut baharu, Liam Delap bagi merebut tempat kesebelasan utama di posisi No.9 itu.

Dua penyerang itu merupakan sebahagian daripada kumpulan besar pemain yang berpindah ke Stamford Bridge pada musim panas ini selepas Enzo Maresca mengambil keputusan untuk membina semula pasukannya menjelang kempen kembalinya The Blues ke saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Baca Juga:

Pedro dan Delap masing-masing menjaringkan gol ketika The Blues menewaskan AC Milan 4-1 dalam aksi pramusim terakhir sebelum bermulanya kempen baharu di Stamford Bridge.

Donald Trump
NEW JERSEY, UNITED STATES – JULY 13: Chelsea players celebrate the victory after winning the FIFA Club World Cup 2025 final match between Chelsea FC and Paris Saint-Germain at MetLife Stadium on July 13, 2025 in East Rutherford, United States. Selcuk Acar / Anadolu (Photo by Selcuk Acar / Anadolu via AFP)

Pedro yang diletakkan sebagai pemain kesebelasan utama menjaringkan satu gol pada awal separuh masa pertama manakala Delap pula meledakkan dua gol.

Anak kepada pakar lontaran jauh, Rory Delap itu masuk menggantikan Pedro pada minit ke-60 dan kemudiannya mencuri tumpuan dengan dua gol dihasilkannya.

Joao Pedro Tak Anggap Ia Sebagai Persaingan

Melihatkan kepada situasi tersebut, Pedro cukup gembira dengan perkembangan itu dan nyata tidak risau dengan persaingan antara mereka.

Ballon d'Or 2025
Kredit Foto: TIMOTHY A. CLARY / AFP

“Seperti yang saya katakan ketika saya tiba, Chelsea memiliki pasukan yang hebat, pasukan muda, jadi ia memudahkan saya untuk datang dan memberikan yang terbaik bersama mereka.”

“Saya tidak mahu mengatakan ia sebagai persaingan, saya rasa untung buat Chelsea mempunyai dua penyerang pada tahap yang sangat baik.”

“Perlawanan lepas dia (Delap) tidak menjaringkan gol, hari ini dia menjaringkan dua gol. Saya sangat gembira untuknya,” ujar Joao Pedro menurut sumber laporan Goal.

 

Sumber