FIFA mendedahkan bahawa Rob Friend hanyalah pegawai perunding FAM berpusat yang bekerja seecara jarak jauh di Kanada. Dia hanya bertandang ke Malaysia ketika hari perlawanan pasukan kebangsaan.

Pendedahan itu sekaligus menimbulkan spekulasi, adakah Rob Friend sebenarnya bukan CEO Malaysia NT (Pasukan Kebangsaaan Malaysia)?

Rob Friend dalam kenyaatannya kepada FIFA menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu tentang proes dokumentasi pemain warisan Malaysia yang dimulakan lebih awal daripada tarikh dia menjawat jawatan dalam Malaysia NT.

Dalam kenyataannya, FIFA menyatakan FAM memulakan proses naturalisasi dan pengesahan kelayakan untuk sekumpulan pemain kelahiran luar negara pada akhir 2024 dan awal 2025.

Tujuannya ialah untuk menyemak sama ada pemain yang mempunyai pertalian keturunan dengan Malaysia layak mendapatkan kewarganegaraan secara sah dan seterusnya boleh mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa.

Pada sesi pendengaran, wakil FAM iaitu Rob Friend menjelaskan bahawa FAM melaksanakan ‘heritage search plan’ sebagai sebahagian usaha meningkatkan mutu pasukan kebangsaan dari sudut teknikal.

FIFA mendedahkan bahawa Rob Friend hanya bekerja sebagai perunding berpusat di Kanada tetapi datang ke Malaysia untuk hari perlawanan, membantu dalam projek tersebut khususnya berkaitan staf teknikal dan kejurulatihan.

Semua proses naturalisasi dikendalikan oleh FAM di Malaysia, dan Rob Friend hanya mula terlibat selepas 22 Ogos 2025. Beliau menegaskan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat sebelum tarikh tersebut.