Rob Friend akhirnya tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah menafikan bahawa dia adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Malaysia NT atau pasukan kebangsaan Malaysia.
Kontroversi timbul apabila Friend dalam keterangannya kepada FIFA baru baru ini menyatakan bahawa dia adalah perunding berpusat yang bekerja dari jarak jauh di Kanada.
Rob Friend juga memberitahu FIFA bahawa dia hanya datang ke Malaysia untuk hari perlawanan, membantu dalam projek mencari pemain warisan khususnya berkaitan staf teknikal dan kejurulatihan.
Pada sesi pendengaran, wakil FAM iaitu Rob Friend menjelaskan bahawa FAM melaksanakan ‘heritage search plan’ sebagai sebahagian usaha meningkatkan mutu pasukan kebangsaan dari sudut teknikal.
FIFA mendedahkan bahawa Rob Friend hanya bekerja sebagai perunding berpusat di Kanada tetapi datang ke Malaysia untuk hari perlawanan, membantu dalam projek tersebut khususnya berkaitan staf teknikal dan kejurulatihan.
Semua proses naturalisasi dikendalikan oleh FAM di Malaysia, dan Rob Friend hanya mula terlibat selepas 22 Ogos 2025. Beliau menegaskan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat sebelum tarikh tersebut.
Pendedahan itu sekaligus menimbulkan spekulasi, adakah Rob Friend sebenarnya bukan CEO Malaysia NT (Pasukan Kebangsaaan Malaysia)?
Rob Friend bukan CEO National Team?
“Mr. Friend explained that he works in a consultant role to the FAM, based in Canada and travelling to Malaysia for matchday”. 👨💼@ASTROARENA pic.twitter.com/jdSvlQkasi
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 18, 2025
Wartawan Zulhelim Zainal Azam melaporkan bahawa Rob Friend memberitahu bahawa di adalah CEO untuk pasukan kebangsaan Malaysia.
Keterangan dia kepada FIFA hanya menyentuh tentang skop kerja dan tahap penglibatannya dalam projek pemain warisan yang kini terkait dengan pertuduhan salah laku pemalsuan dokumen – bukannya tentang pangkat atau jawatannya.
Rob Friend berkata: “Saya adalah CEO. Penjelasan saya adalah hanya berkaitan tentang skop keterlibatan saya, bukannya tentang peranan atau pangkat saya.
“Untuk menjelaskan keadaan, saya tidak pernah menafikan bahawa saya adalah CEO,” kata Rob Friend yang turut hadir menyaksikan Harimau Malaya semalam.
“I am the CEO. My explanation was only about the scope of my involvement, not my role or title. To be clear, I have never denied being the CEO,” said Rob Friend, who was also present at the stadium last night. 🗣️💼@ASTROARENA pic.twitter.com/KqOx0IXYO7
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 18, 2025