CEO Harimau Malaya, Rob Friend menyatakan bahawa dia sudah sedia maklum dengan keputusan yang mendorong FIFA menolak rayuan FAM berkaitan 7 pemain warisan.
Dan kini Rob Friend dan pasukannya sudah sedia untuk mengheret FIFA ke CAS.
FIFA baru baru ini menyatakan bahawa tiada alasan untuk mereka menerima rayuan FAM selepas mendengar keterangan pemain dan mendakwa FAM masih gagal membuktikan bahawa penghakiman FIFA adalah salah.
CEO Harimau Malaya, Rob Friend mendedahkan bahawa pasukan guaman atau perundangan akan menyemak dokumen FIFA itu dan mempersiapkan diri mereka untuk proses rayuan seterusnya iaitu di Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS).
Ini adalah peluang terakhir untuk FAM melawan keputusan FIFA.
Friend berkata: “Berkaitan dengan keputusan dorongan FIFA, kami menghormati sepenuhnya proses dan keputusan yang dibuat.
“Saya akan terus bekerjasama rapat dengan pasukan perundangan untuk menyemak dokumen dan bersiap untuk langkah seterusnya dalam proses rayuan.”
“Regarding FIFA’s motivated decision, we fully respect the process and the decision that was issued. I continue working closely with the legal team as we review the documents and prepare the next steps in the appeal”, Rob Friend. 🗂️📑@ASTROARENA pic.twitter.com/tV9qBMe1wx
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 20, 2025
Rob Friend kini berada di Malaysia sempena minggu rehat antarabangsa. Di mana dalam kenyataannya kepada FIFA sebelum ini, Friend menyatakan bahawa dia sebenarnya bekerja jarak jauh dari Kanada, dan hanya akan datang ke Malaysia pada hari perlawanan antarabangsa.
Friend kemudiann menjelaskan tentang persoalan berkaitan kedudukannya dalam Malaysia NT, sama ada benar dia seorang CEO?
Ini kerana dalam keterangannya kepada FIFA, Friend mendakwa dia hanya penasihat kepada Harimau Malaya berkaitan dengan membantu dalam projek tersebut khususnya berkaitan staf teknikal dan kejurulatihan.
Semua proses naturalisasi dikendalikan oleh FAM di Malaysia, dan Rob Friend hanya mula terlibat selepas 22 Ogos 2025. Beliau menegaskan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat sebelum tarikh tersebut.
Friend kemudian menjelaskan bahawa kenyataannya kepada FIFA adalah tentang skop keterlibatannya dalam Harimau Malaya, bukannya tentang pangkatnya. Dan dia adalah CEO Harimau Malaya.
Rob Friend berkata: “Saya adalah CEO. Penjelasan saya adalah hanya berkaitan tentang skop keterlibatan saya, bukannya tentang peranan atau pangkat saya.
“Untuk menjelaskan keadaan, saya tidak pernah menafikan bahawa saya adalah CEO,” kata Rob Friend yang turut hadir menyaksikan Harimau Malaya semalam.
“I am the CEO. My explanation was only about the scope of my involvement, not my role or title. To be clear, I have never denied being the CEO,” said Rob Friend, who was also present at the stadium last night. 🗣️💼@ASTROARENA pic.twitter.com/KqOx0IXYO7
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 18, 2025