Pemain sayap skuad kebangsaan Thailand, Ekanit Panya membangkitkan kemarahan peminat bola sepak negara itu apabila meminta untuk dilepaskan dari pasukan negaranya yang akan beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar.
Menurut perkongsian All Things Thai Football, Ekanit meminta untuk dilepaskan kerana beliau mahu menyertai kem latihan pra musim bersama kelabnya iaitu Urawa Red Diamonds.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Thailand Kehilangan Khidmat Chanathip Songkrasin
- Ekanit Panya Jadi Pemain Asean Pertama Beraksi Di Piala Dunia Kelab
- Piala Asia 2023: Safee Sali Gesa Pemain Percaya Dengan Kemampuan Sendiri
BREAKING: Ekanit Panya asked to withdraw from the Thailand national team to join Urawa Reds Diamond's pre-season camp. Ishii decided to call Picha Utra to replace him.
SPEECHLESS!!! pic.twitter.com/aYdrUoESk4
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) January 7, 2024
Urawa yang juga juara bertahan AFC Champions League (ACL) dibimbing oleh pengendali baharu iaitu Per-Mathias Hogmo yang menggantikan Maciej Skorza setelah jurulatih itu mengundurkan diri pada penghujung tahun lepas.
Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Urawa secara pinjaman dari Muangthong United dan sudah beberapa kali diturunkan dalam perlawanan Liga Jepun.
Baru-baru ini, bekas pemain Chiangrai United itu berada dalam skuad Urawa yang beraksi dalam saingan Piala Dunia Kelab FIFA di Arab Saudi yang mana kelab itu menamatkan saingan di peringkat separuh akhir selepas mereka tewas kepada Manchester City dengan keputusan 3-0.
Dalam masa yang sama, Ekanit mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari rantau Asia Tenggara yang beraksi di kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA.
Setelah pengunduran diri Ekanit Panya, ketua jurulatih Thailand iaitu Masatada Ishii memanggil pemain sayap Muangthong United, Picha Autra sebagai pengganti.
Dalam temasya Piala Asia 2023, Thailand diletakkan dalam kumpulan F bersama Arab Saudi, Kyrgyzstan dan Oman.