Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui para pemainnya sedikit gugup apabila tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, beliau memohon maaf kepada para penyokong kerana gagal menampilkan persembahan seperti yang diharapkan.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Jordan Mudah Tundukkan Malaysia 4-0
- Piala Asia 2023: Korea Selatan Tiada Masalah Tewaskan Bahrain
- Piala Asia 2023: UAE Bermula Baik Tewaskan Hong Kong
“Saya mohon maaf kepada peminat, pemain sudah beri yang terbaik cuma kita tak mampu beri tentangan kepada Jordan.
“Jordan bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi untuk kami, saya fikir mungkin bermain di peringkat ini, pemain sedikit berasa gugup,” jelas Kim Pan Gon.
Taktikal high press high line tak menjadi. Pemain Malaysia gugup.
Jordan lebih superior dalam semua aspek dan sangat simple ketika counterpressing.
Malaysia hilang 12.69 mata ranking FIFA. #MASvJOR #HarimauMalaya #AFCAsianCup2023 #HayyaAsia pic.twitter.com/iUBXurkgpF— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) January 15, 2024
Namun begitu, peluang masih ada dan Kim Pan Gon akan cuba memperbaiki sesuatu sebelum aksi kedua bertemu Bahrain pada 20 Januari ini.
“Kami masih ada dua perlawanan lagi dan tiada siapa tahu apa yang akan terjadi. Bahrain dan Korea Selatan adalah pasukan yang bagus.
“Kita mesti belajar sesuatu (daripada kekalahan) untuk perlawanan yang seterusnya kerana ia penting kepada kami,” tambah Kim Pan Gon
Jordan mendahului tiga gol pada separuh masa pertama menerusi bekas pemain import Kedah, Mahmoud Al-Mardi di minit ke-12 yang melepaskan sepakan lencong cantik menewaskan Syihan Hazmi.
Mousa Al-Taamari yang beraksi bersama Montpellier HSC dalam saingan utama Ligue 1 di Perancis menambah gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-18 sebelum Al-Mardi menambah gol ketiga di hujung separuh masa pertama.
Al-Taamari menoktahkan tiga mata penuh menjadi milik Jordan apabila menambah gol keempat pada minit ke 85.
Kekalahan ini menyebabkan Harimau Malaya terperosok di tangga tercorot Kumpulan E, dengan Jordan berada di tempat pertama manakala Korea Selatan di kedudukan kedua selepas membenam Bahrain 3-1 semalam.
Hanya dua pasukan teratas kumpulan mara ke peringkat kalah mati bersama 4 lagi pasukan tempat kedua terbaik kumpulan.