Separuh Akhir Piala Asia 2023 – Jordan vs Korea Selatan [6 Februari 2024, 11:00 PM, Stadium Ahmed bin Ali]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir Piala Asia 2023 yang melibatkan pasukan Jordan menentang Korea Selatan menerusi  saluran yang disediakan di bawah.

Baca Juga:

Link Siaran langsung:

  1. Astro Arena 
  2. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)
  3. 10 play (Akses VPN)
  4. meWatch (Akses VPN)
  5. fancode 

Jika pilih saluran Astro Arena, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga menyiarkan semua perlawanan Piala Asia 2023 menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.

Ini kali pertama Jordan layak ke separuh akhir Piala Asia. Pencapaian terbaik mereka sebelum ini ialah mara ke suku akhir sebanyak dua kali pada tahun 2004 dan 2019.

Malah, Jordan satu-satunya pasukan daripada tempat ketiga terbaik kumpulan yang mara lebih jauh hingga ke peringkat separuh akhir.

Manakala Korea Selatan merupakan juara dua kali Piala Asia pada tahun 1956 dan 1960. Pada 2019, mereka gagal ke separuh akhir apabila disingkirkan oleh Qatar dan pernah mara hingga ke final pada tahun 2015 namun tewas kepada Australia.

Korea Selatan kali ini berdepan tugas sukar apabila terpaksa bertemu Jordan tanpa khidmat tonggak pertahanan, Kim Min-Jae. Jordan juga dilaporkan kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

Pasukan manakah yang akan mara ke final malam ini? Sama-sama kita saksikan.