Piala Asia 2023 – Malaysia vs Bahrain [20 Januari 2024, 10:30 PM, Stadium Jassim Bin Hamad]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Asia 2023 yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.

Artikel Berkaitan:

Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Selain itu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut akan menyiarkan semua perlawanan Piala Asia 2023 menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.

Saluran berbayar, Astro turut akan menyiarkan perlawanan Piala Asia 2023 di Astro Arena dan Astro Supersport. Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming. 

Siaran percuma:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)

Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan lain selain menumbangkan pasukan Bahrain untuk mencerahkan peluang mara ke peringkat pusingan 16 Piala Asia 2023.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon menjelaskan pasukannya sudah memperbaiki segala kelemahan yang ada pada aksi pertama berdepan Jordan di Stadium Al Janoub, Selasa lalu.

Mental dan psikologi pemain Harimau Malaya juga ditingkatkan selepas mereka berdepan detik mengecewakan tewas 0-4 kepada Jordan.

“Kami sudah melihat semua aksi pertama (berdepan Jordan) dan memperbetulkan kelemahan. Kami juga meluangkan masa melakukan pemulihan termasuk dari segi mental dan psikologi,” katanya.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 pasukan di Doha.

Ini merupakan penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007 tetapi tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Adakah sejarah akan tercipta? Sama-sama kita saksikan.