Tuan rumah Piala Asia 2023 iaitu Qatar mengambil langkah untuk menyumbangkan sebahagian hasil daripada juala tiket temasya itu untuk membantu mangsa perang di Palestine.
Perkara ini diumumkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Tempatan (LOC) menerusi pengarahnya iaitu Mead Al-Emadi dimana selain menyumbangkan sebahagian jualan tiket, temasya kali ini akan menjadi platform sokongan terhadap rakyat Palestine yang terkesan dengan perang antara Hamas dan Israel.
Baca Juga:
- Peminat Kelab Celtic Kibar Bendera Palestine Ketika Perlawanan Dengan Kelab Dari Israel
- Romel Morales Senjata Baharu Kim Pan Gon Di Piala Asia 2023
- Piala Asia 2023: Hong Wan Sedia Jika Dipanggil Kim Pan-gon
Menurut Al-Emadi, pihaknya berada dalam keadaan bercampur-baur kerana mengadakan temasya besar dalam keadaan ada negara sedang berperang.
“Kami bersama kamu (rakyat Palestine) dan kami tidak akan melupakan kamu, kerana ini adalah selemah-lemah iman,” katanya.
Negara Teluk itu telah memainkan peranan aktif dalam solidariti dengan rakyat Palestin yang menghadapi ketidakadilan oleh regim Israel sebelum dan semasa perang.
Selepas menjual kumpulan pertama tiket untuk Piala Asia 2023, LOC Qatar berkata ia adalah “inisiatif tanggungjawab sosial korporat” untuk memberi manfaat kepada mereka yang terjejas di Semenanjung Gaza dan wilayah lain yang diduduki.
“Kami telah memutuskan untuk mendermakan hasil tiket yang dijana daripada Piala Asia di Qatar kepada usaha bantuan yang amat diperlukan di Palestine,” kata pengerusi jawatankuasa itu, Hamad bin Khalifa Al Thani.
“Kami pasti bahawa inisiatif tanggungjawab sosial korporat ini akan memberi manfaat kepada mereka yang paling terjejas, dan bola sepak memenuhi peranannya sebagai mekanisme sokongan untuk orang ramai pada masa yang paling sukar,” katanya.
Piala Asia edisi kali ini akan membuka tirai pada 12 Januari hingga 10 Februari dimana Malaysia diletakkan dalam kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.