Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) tekad buru kemenangan ke atas Vietnam pada aksi kedua Piala Asia B-23 malam ini demi menghidupkan peluang buru slot ke Sukan Olimpik.
Anak buah Juan Torres Garrido itu sudah belajar sesuatu daripada kesilapan ketika tewas 0-2 kepada Uzbekistan dan perlu bekerja lebih keras untuk meraih keputusan positif.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
“Berdasarkan kepada prestasi pasukan, kita sentiasa meningkat setiap kali perlawanan. Peningkatan dapat dilihat selepas perlawanan dan kita mengetahui bukan mudah untuk menundukkan Vietnam.
“Apa yang boleh dilakukan adalah pemain perlu bekerja lebih keras lagi dan beraksi lebih terbuka apabila menentang pasukan itu.
“Paling penting adalah tidak lagi melakukan kesilapan mudah hingga memberi peluang pada lawan menjaringkan gol,” kata Garrido dalam Arena Metro.Â
📅AFC U23 ASIAN CUP 2024 | Group D (20/4)
20:00 | Vietnam 🇻🇳 🆚🇲🇾 Malaysia
🕖GMT+7#AFC #AFCU23 pic.twitter.com/4WHW7oqtRw— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 20, 2024
Ketika ini, skuad muda negara berada di kedudukan tercorot kumpulan D tanpa sebarang mata sekali gus memerlukan kemenangan bertemu Vietnam untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.
Hanya 4 pasukan yang mara ke separuh akhir sahaja berpeluang mendapatkan slot beraksi di Sukan Olimpik 2024, Paris.
Tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.
Pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan. Ketika itu dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.