Piala Asia B-23 2024 – Malaysia vs Vietnam [20 April 2024, 9:00 PM, Stadium Antarabangsa Khalifa]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Asia B-23 2024 yang melibatkan skuad muda negara menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Baca Juga:

Siaran akan bermula pada pukul 9 malam waktu Malaysia.

Link Siaran langsung:

  1. Astro Arena 
  2. YouTube The AFC Hub (Akses VPN)
  3. VTV 5 (Vietnam)

Jika pilih saluran Astro Arena, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga menyiarkan semua perlawanan Piala Asia B-23 menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.

Vietnam memegang statusnya sebagai naib juara Piala Asia B-23 2018 sudah pastinya menghadirkan cabaran lebih besar dalam usaha anak buah Juan Torres Garrido meraih tiga mata penting.

Ketika ini, skuad muda negara berada di kedudukan tercorot kumpulan D tanpa sebarang mata sekali gus memerlukan kemenangan bertemu Vietnam untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Hanya 4 pasukan yang mara ke separuh akhir sahaja berpeluang mendapatkan slot beraksi di Sukan Olimpik 2024, Paris.

Tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.

Pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan. Ketika itu dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.