Piala Asia B-23 2024 – Uzbekistan vs Malaysia [17 April 2024, 9:00 PM, Stadium Antarabangsa Khalifa]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Asia B-23 2024 yang melibatkan skuad muda negara menerusi saluran yang disediakan di bawah.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Link Siaran langsung:

  1. Astro Arena 
  2. YouTube The AFC Hub (Akses VPN)
  3. VTV 5 (Vietnam)

Jika pilih saluran Astro Arena, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga menyiarkan semua perlawanan Piala Asia B-23 menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.

Ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas  2018 dan 2022. Antara pencapaian terbaik Malaysia ialah mara ke suku akhir.

Malaysia layak ke Piala Asia B-23 menerusi slot naib juara kumpulan terbaik ketika saingan Kelayakan yang dibimbing oleh E. Elavarasan.

Bagaimanapun, Elavarasan membuat keputusan untuk letak jawatan dan tempatnya diganti oleh jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido sambil dibantu oleh bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan.

Garrido merupakan Ketua Pencari Bakat bagi FC Barcelona untuk kawasan Catalunya dari 2016 hingga 2020, sebelum beliau menjadi Ketua Bola Sepak Remaja Profesional (B-23) bagi kelab Granada CF di Sepanyol dari 2021 hingga 2022.

Adakah skuad Malaysia B-23 akan lebih menyinar dibawah kendalian Garrido? Sama-sama kita saksikan.