Saingan suku akhir Piala Dunia 2026 akan bermula awal pagi Jumaat nanti dengan aksi pastinya lebih menarik untuk disaksikan.

Tiada ruang kesilapan buat kesemua lapan pasukan terbaik dalam usaha mereka untuk melakar kejayaan manis buat negara masing-masing bagi memburu kejuaraan paling berprestij itu.

Sudah memasuki peringkat suku akhir pastinya akan menemukan pasukan-pasukan ternama dunia yang menarik untuk disaksikan.

England
Kredit Foto: Yuri CORTEZ / AFP

Pertembungan Norway menentang England jelas merupakan perlawanan paling ditunggu-tunggu dengan kelibat Erling Haaland dan Harry Kane bakal menjadi tajuk utama manakala aksi Perancis bertemu Maghribi juga cukup menarik untuk diperkatakan.

Sepanyol pula bakal diuji Belgium yang beraksi penuh keyakinan ketika membelasah Amerika Syarikat pada aksi pusingan 16, sementara itu juara bertahan, Argentina berdepan cabaran getir daripada Switzerland dalam perlawanan yang dijangka sengit hingga ke wisel penamat.

Berikut adalah jadual lengkap perlawanan suku akhir Piala Dunia 2026 (waktu Malaysia):

Raskin
Kredit Foto: ALEX GRIMM / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP

Suku Akhir Piala Dunia 2026

1) Perancis lawan Maghribi – 10 Julai (Jumaat) – 4.00 Pagi

2) Sepanyol lawan Belgium – 11 Julai (Sabtu) – 3.00 Pagi

3) Norway lawan England – 12 Julai (Ahad) – 5.00 Pagi

4) Argentina lawan Switzerland  – 12 Julai (Ahad) – 9.00 Pagi