Teki-teki empat pasukan yang melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2026 sudah pun terjawab dengan kemaraan Perancis, Sepanyol, England dan Argentina.

Kemaraan pasukan-pasukan itu juga menepati ramalan status mereka selaku empat pasukan terbaik dalam senarai ranking dunia.

England
Kredit Foto: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP

Kini, tumpuan beralih kepada aksi yang dijangka menyajikan dua pertembungan berprofil tinggi apabila Perancis bakal berdepan Sepanyol manakala England akan mencabar Argentina dalam perebutan tiket ke pentas final.

Keempat-empat pasukan memiliki sejarah, kualiti dan barisan pemain bertaraf dunia sekali gus menjanjikan saingan sengit untuk merebut gelaran juara dunia.

Berikut adalah jadual lengkap perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026 (waktu Malaysia):

Suku Akhir
Kredit Foto: Thomas COEX / AFP

Separuh Akhir Piala Dunia 2026

1) Perancis lawan Sepanyol – 15 Julai (Rabu) – 3.00 Pagi

2) England lawan Argentina – 16 Julai (Khamis) – 3.00 Pagi