Selangor FC bakal ‘kaut durian runtuh’ lebih RM3 juta hasil sumbangan dua pemain import mereka, Noor Al Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi, yang membantu Jordan layak ke pentas Piala Dunia 2026.
Ganjaran itu datang daripada program pampasan kelab oleh FIFA, yang memberi bayaran kepada kelab-kelab yang melepaskan pemain untuk tugasan antarabangsa.
Selangor menerima bayaran berdasarkan kadar harian sepanjang tempoh pemain melaporkan diri bersama skuad kebangsaan Jordan sehingga mereka mengesahkan slot ke kejohanan terbesar dunia itu.
Untuk edisi kali ini, FIFA telah memperuntukkan sekitar USD355 juta bagi diagihkan kepada semua kelab yang terlibat di seluruh dunia — menjadikan ia antara jumlah pampasan terbesar dalam sejarah bola sepak.
Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melaporkan: “Selangor bakal terima ‘manis manis’ lebih 3 juta Ringgit Malaysia dari FIFA di atas kerjasama membentuk dan menjaga keperluan 2 pemain import mereka Noor Al Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi sehingga berjaya membantu Jordan ke pentas Piala Dunia 2026
“Ini adalah kadar harian yang bermula dari saat pemain melaporkan diri sehingga berjaya mengesahkan Jordan isi slot ke Piala Dunia
“Sebanyak USD355 juta [RM1.42bn] telah di peruntukkan untuk pembayaran kepada semua kelab terlibat.”
Selangor bakal terima 'manis manis' lebih 3 juta Ringgit Malaysia dari FIFA di atas kerjasama membentuk dan menjaga keperluan 2 pemain import mereka Noor Al Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi sehingga berjaya membantu Jordan ke pentas Piala Dunia 2026
Ini adalah kadar harian yang… pic.twitter.com/jGOyHVyfw5
— FinaNasrom (@fnasrom) April 7, 2026
Kejayaan ini bukan sahaja memberi pulangan kewangan kepada Selangor, malah membuktikan peranan penting kelab Liga Super Malaysia dalam membentuk pemain bertaraf antarabangsa.
Ia juga menjadi suntikan moral buat kelab-kelab Liga Malaysia untuk terus memberi ruang kepada pemain berkembang ke peringkat lebih tinggi.
Dengan ‘durian runtuh’ ini, Selangor dijangka mampu memperkukuh lagi struktur pasukan serta pelaburan jangka panjang mereka menjelang musim akan datang.