Tamatnya aksi terakhir pusingan 16  saingan Piala Dunia 2026 sebentar tadi menyaksikan kemenangan 4-3 Switzerland  ke atas Colombia menerusi penentuan sepakan penalti telah melengkapkan senarai pasukan yang berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Saingan yang pastinya lebih sengit dan penuh debaran itu bakal bermula awal pagi Jumaat nanti.

Neymar
Kredit Foto: Odd ANDERSEN / AFP

Dua pasukan yang diramal mampu menjadi pencabar kejuaraan iaitu Brazil dan Portugal terpaksa mengucapkan selamat tinggal dengan lebih awal selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Brazil tewas 1-2 kepada Norway manakala Portugal pula kecundang di tangan Sepanyol hasil jaringan tunggal Mikel Merino pada lewat permainan.

Manakala seperti dapat disaksikan awal pagi tadi, Argentina bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menundukkan Mesir 3-2 sekali gus misi untuk mengekalkan kejuaraan dimenangi empat tahun lalu masih di landasan terbaik.

Berikut ialah senarai lengkap senarai pasukan yang berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2026.

Argentina
Kredit Foto: CHANDAN KHANNA / AFP

Suku Akhir Piala Dunia 2026

1) Perancis

2) Maghribi

3) Sepanyol

4) Belgium

5) Norway

6) England

7) Argentina

8) Switzerland