Kumpulan E Piala Dunia 2026 menampilkan pertembungan antara gergasi Eropah yang mahu menebus maruah, juara Afrika yang sedang memuncak, tembok pertahanan kental Amerika Selatan, dan pasukan kerdil Caribbean yang mahu mencipta sejarah.
Kumpulan E: Jerman, Ivory Coast, Ecuador, Curacao
Kita akan melihat bagaimana ‘Gegenpressing’ Julian Nagelsmann cuba merobohkan organisasi disiplin Ivory Coast dan Ecuador.
Jangan lupa juga Curacao, negara terkecil yang pernah layak ke Piala Dunia, yang dipimpin oleh jurulatih paling veteran dalam sejarah kejohanan, Dick Advocaat.
1. Jerman: Misi Tebus Maruah
Formasi Utama: 4-2-3-1 / 3-4-3 (Hybrid)
Gaya Permainan: Di bawah Julian Nagelsmann, Jerman telah kembali kepada identiti bola sepak menyerang yang dinamik. Nagelsmann menekankan transisi pantas dan tekanan tinggi (high-pressing) sejurus kehilangan bola.
Jerman pilihan utama untuk Kumpulan E ini tanpa ragu.
Gandingan ‘Wusiala’ (Florian Wirtz dan Jamal Musiala) akan menjadi nadi kreatif di bahagian final third.
https://twitter.com/FlorianFocus/status/2062669360192184658/video/1
Manuel Neuer kembali daripada persaraan dan dijangka akan memngambil tempat Oliver Baumann No. 1 baharu.
Joshua Kimmich kini kembali ke posisi bek kanan untuk memberikan kestabilan, sementara Kai Havertz atau Nick Woltemade akan mengetuai barisan hadapan.
Kelemahan: Jerman kadangkala terdedah kepada serangan balas pantas jika ‘Gegenpressing’ mereka berjaya dilepasi. Selain itu, ketiadaan penyerang No. 9 yang benar-benar prolifik masih menjadi perdebatan hangat.
Pemain Tumpuan: Jamal Musiala, Florian Wirtz (The Architect), Joshua Kimmich (The Leader).
2. Ivory Coast: ‘The Elephants’ Mahu Goncang Dunia
Formasi Utama: 4-3-3 / 4-1-4-1
Gaya Permainan: Emerse Fae telah mengekalkan momentum kejayaan AFCON 2023 ke dalam skuad ini. Dalam perlawanan pemanas badan sebelum kejohanan, mereka sempat menang 2-1 ke atas Perancis.
Ivory Coast adalah pasukan yang sangat atletik, fizikal, dan mempunyai kepantasan luar biasa di bahagian sayap melalui Yan Diomande dan Simon Adingra serta Amad Diallo.
🇨🇮 a Costa do Marfim convocada para a Copa do Mundo.
nomes esperados como Amad Diallo e Yan Diomande serão os protagonistas jovens do elenco.
Nicolas Pépé, Diakité e Adingra retomando sua importância no setor de ataque- foram campeões da Copa Africana em 2024.
Elye WAHI e… pic.twitter.com/PDp6J123q3
— Luis Fernando Filho (@luisfernanfilho) May 15, 2026
Franck Kessie bertindak sebagai jeneral di tengah, memberikan keseimbangan antara bertahan dan menyerang.
Mereka mempunyai barisan pertahanan yang mantap diketuai oleh Evan Ndicka. Gaya permainan mereka sangat ‘direct’ dan mereka tidak takut untuk berdepan secara fizikal dengan mana-mana lawan.
Kelemahan: Isu disiplin taktikal dalam tempoh 90 minit penuh sering menjadi cabaran. Di serangan mereka bergantung kepada pemain muda seperti Ange-Yoan Bonny.
Pemain Tumpuan: Franck Kessie (The General), Yan Diomande (The Wonderkid), Evan Ndicka.
3. Ecuador: Tembok Besi Dari Tanah Tinggi
Formasi Utama: 4-2-3-1 / 4-4-2
Gaya Permainan: Sebastian Beccacece telah membina Ecuador menjadi salah satu pasukan yang paling sukar untuk dibolosi di dunia. Mereka hanya melepaskan 5 gol dalam 18 perlawanan kelayakan CONMEBOL.
Moises Caicedo adalah ‘enjin’ yang menggerakkan segalanya di tengah padang.
https://twitter.com/grimshub/status/2061903635169079648/video/1
Ecuador sangat disiplin dalam bertahan (low-block) dan sangat maut dalam serangan balas melalui Gonzalo Plata. Menjadikan mereka adalah salah satu pasukan dengan potensi besar dalam Kumpulan E.
Previu Kumpulan D Piala Dunia 2026: Turkiye ‘Kuda Hitam’ Dalam Kumpulan Terbuka Bersama AS
Dengan pemain pertahanan berkelas dunia seperti Willian Pacho dan Piero Hincapie, mereka mempunyai asas yang sangat kukuh untuk mengecewakan pasukan besar.
Kelemahan: Masalah utama Ecuador adalah menjaringkan gol. Mereka sering bergelut untuk memecahkan kebuntuan jika lawan bermain secara bertahan.
Pemain Tumpuan: Moisés Caicedo (The Engine), Willian Pacho (The Wall), Enner Valencia (The Veteran).
4. Curacao: Kisah Dongeng ‘The Blue Wave’
Formasi Utama: 4-3-3
Gaya Permainan: Curacao mencipta sejarah sebagai negara terkecil (populasi 156,000) yang layak ke Piala Dunia dan ditempatkan dengan pasukan sekuat Jerman di kumpulan E.
Di bawah kendalian Dick Advocaat (78 tahun), mereka mengamalkan gaya permainan ‘Dutch-style’ yang berasaskan penguasaan bola.
🚨🇨🇼 OFFICIAL: Curaçao release 2026 World Cup. pic.twitter.com/Xg49eeZYgl
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 18, 2026
Tahith Chong dan Leandro Bacuna adalah tonggak utama pasukan ini. Mereka mempunyai ramai pemain yang berpangkalan di Eropah (terutamanya Belanda) yang memberikan mereka kelebihan dari segi pemahaman taktikal.
Curacao akan bermain tanpa tekanan dan sedia menjadi ‘banana skin’ kepada pasukan lain dalam kumpulan E ini.
Kelemahan: Jurang kualiti individu berbanding pasukan seperti Jerman dan Ivory Coast adalah nyata. Ketahanan fizikal menentang pasukan yang lebih atletik juga akan diuji sepenuhnya.
Pemain Tumpuan: Tahith Chong (The Star), Leandro Bacuna (The Captain), Eloy Room (The Guardian).
Ramalan Vocket
Jerman adalah pilihan utama kumpulan E, tetapi persaingan untuk tempat kedua sangat sengit antara Ivory Coast dan Ecuador.
Ecuador mempunyai kelebihan pertahanan, manakala Ivory Coast mempunyai kelebihan fizikal dan serangan.
Kami meramalkan Jerman dan Ecuador akan melangkah ke pusingan seterusnya, dengan Ecuador mungkin mengejutkan Jerman untuk merebut takhta kumpulan melalui disiplin taktikal mereka.
Jadual perlawanan Kumpulan E Piala Dunia 2026
Perlawanan 1
Jerman lwn Curacao
Tarikh: Isnin, 15 Jun 2026
Masa: 12:00 Tengah Hari
Stadium: NRG Stadium (Houston)
Ecuador lwn Ivory Coast
Tarikh: Isnin, 15 Jun 2026
Masa: 7:00 Pagi
Stadium: Lincoln Financial Field (Philadelphia)
Perlawanan 2
Ivory Coast lwn Jerman
Tarikh: Ahad, 21 Jun 2026
Masa: 6:00 Pagi
Stadium: Lincoln Financial Field (Philadelphia)
Ecuador lwn Curacao
Tarikh: Ahad, 21 Jun 2026
Masa: 8:00 Pagi
Stadium: Arrowhead Stadium (Kansas City)
Perlawanan 3
Jerman lwn Ecuador
Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026
Masa: 4:00 Pagi
Stadium: MetLife Stadium (New York/New Jersey)
Ivory Coast lwn Curacao
Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026
Masa: 4:00 Pagi
Stadium: Lincoln Financial Field (Philadelphia)
Nota: Masa adalah mengikut Waktu Malaysia (GMT+8).