Kumpulan H Piala Dunia FIFA 2026 menjanjikan pertembungan yang menarik antara gergasi Eropah yang sentiasa menjadi tumpuan, wakil Amerika Selatan dengan falsafah bola sepak unik, pasukan Asia yang kental, dan wakil Afrika yang tidak gentar.

Ada dua pasukan bekas juara dunia berada di kumpulan H ini bersama dengan gergasi Asia.

Sepanyol, Cape Verde, Arab Saudi, dan Uruguay akan berentap untuk merebut dua slot automatik ke pusingan kalah mati, dengan kemungkinan tempat ketiga turut berpeluang

Kumpulan H antara kumpulan yang mempunyai campuran gaya permainan yang unik dalam edisi Piala Dunia kali ini.

Kumpulan H: Sepanyol, Cape Verde, Arab Saudi, Uruguay

Kita akan melihat bagaimana ‘La Roja’ Sepanyol cuba menguasai permainan di bawah Luis de la Fuente, berdepan dengan ‘Bielsa-ball’ Uruguay yang penuh intensiti.

Jangan lupa juga Arab Saudi yang datang dengan disiplin taktikal yang tinggi, serta Cape Verde yang tidak gentar untuk mencipta kejutan.

1. Sepanyol: La Roja Dengan Falsafah Tiki-Taka Yang Berevolusi

Formasi Utama: 4-3-3

Gaya Permainan: Di bawah kendalian jurulatih Luis de la Fuente, Sepanyol masih mengekalkan falsafah penguasaan bola (tiki-taka) yang menjadi identiti mereka.

Sepanyol sekali lagi menjadikan Barcelona sebagai ‘backbone’ kepada pasukan mereka.

Walaupun bermain Tiki Taka, ia dilakukan sedikit berbeza dengan era Del Bosque atau Aragones. Mereka tampil dengan pendekatan yang lebih pragmatik dan direct.

Mereka akan cuba mendominasi penguasaan bola di bahagian tengah dan melancarkan serangan pantas melalui sayap

Gabungan pemain muda berbakat dan veteran berpengalaman dijangka akan menjadi nadi kekuatan mereka.

Kelemahan: Persoalan mengenai ketiadaan penyerang No. 9 yang benar-benar prolifik mungkin menjadi cabaran utama. Selain itu, mereka kadangkala terdedah kepada serangan balas pantas jika lawan berjaya memecahkan tekanan tinggi mereka.

Pemain Tumpuan: Lamine Yamal (The Wonderkid), Rodri (The Maestro), Nico Williams (The Flash).

2. Uruguay: Muder-Ball atau Bielsa-Ball Yang Penuh Intensiti

Formasi Utama: 4-3-3

Gaya Permainan: Uruguay, di bawah bimbingan jurulatih Marcelo Bielsa, akan tampil dengan gaya permainan yang penuh intensiti, high-pressing, dan direct football.

Mereka dijangka akan bermain secara agresif, menekan lawan di setiap sudut padang, dan mencari peluang melalui transisi pantas.

Falsafah ‘Bielsa-ball’ – yang disebut Murder-Ball oleh media di England, ketika dia mengandalikan Leeds – ini telah berjaya menyuntik semangat baru dalam skuad ‘La Celeste’.

Kelemahan: Gaya permainan yang terlalu agresif kadangkala boleh menyebabkan mereka terdedah di bahagian pertahanan. Selain itu, kecergasan pemain untuk mengekalkan intensiti tinggi sepanjang 90 minit juga akan diuji.

Pemain Tumpuan: Darwin Nunez (The Marksman), Federico Valverde (The Engine), Ronald Araujo (The Wall).

3. Arab Saudi: Green Falcons Dengan Disiplin Taktikal

Formasi Utama: 4-2-3-1 / 5-4-1

Gaya Permainan: Arab Saudi, atau “Green Falcons”, di bawah jurulatih Georgios Donis, terkenal dengan pendekatan pragmatik dan disiplin taktikal yang tinggi.

Mereka cenderung untuk bermain secara bertahan, menyukarkan lawan untuk menembusi barisan pertahanan, dan melancarkan serangan balas yang berbahaya

Pertukaran jurulatih yang berlaku pada April 2026 mungkin sedikit mengganggu persiapan mereka, namun Donis dijangka akan mengekalkan struktur yang kukuh.

Namun ini Piala Dunia, Arab Saudi harus akui mereka bukan pasukan pilihan dalam kumpulan H ini. Tetapi mereka ada kualiti untuk membuat kejutan.

Kelemahan: Pertukaran jurulatih saat akhir mungkin akan memberi kesan kepada keserasian pasukan. Selain itu, mereka kadangkala bergelut untuk menjaringkan gol jika lawan bermain secara bertahan dan menguasai bola.

Pemain Tumpuan: Salem Al-Dawsari (The Tornado), Firas Al-Buraikan (The Goal Hunter), Saud Abdulhamid (The Flying Wing-back).

4. Cape Verde: Blue Sharks Sedia Cipta Sejarah

Formasi Utama: 4-2-3-1 / 4-3-3

Gaya Permainan: Cape Verde, yang dikenali sebagai “Blue Sharks”, di bawah jurulatih Bubista, akan datang ke Piala Dunia sebagai pasukan underdog yang bersemangat.

Mereka dijangka akan mengamalkan corak permainan yang kompak, dengan organisasi bertahan yang kukuh dan memanfaatkan transisi pantas serta kekuatan fizikal yang akan dipertaruhkan dalam mengharungi kumpulan H ini.

Mereka akan bermain tanpa tekanan dan sedia untuk mencipta kejutan di pentas dunia.

Kelemahan: Jurang kualiti individu berbanding pasukan lain dalam kumpulan ini adalah nyata. Kekurangan pengalaman di pentas sebesar Piala Dunia juga boleh menjadi faktor yang mempengaruhi prestasi mereka.

Pemain Tumpuan: Ryan Mendes (The Veteran Leader), Garry Rodrigues (The Creative Force), Logan Costa (The Rock).

Ramalan Vocket

Kumpulan H adalah antara kumpulan yang mempunyai potensi kejutan. Sepanyol mempunyai kualiti individu yang tinggi dan falsafah permainan yang jelas.

Uruguay dengan ‘Bielsa-ball’ mereka akan menjadi lawan yang sukar ditewaskan. Arab Saudi dan Cape Verde, walaupun underdog, mampu mencuri mata jika pasukan lain memandang rendah.

Kami meramalkan Sepanyol akan melangkah ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan H, diikuti rapat oleh Uruguay yang akan memanfaatkan intensiti dan taktikal Bielsa untuk mara. Arab Saudi dan Cape Verde akan memberikan tentangan sengit, tetapi mungkin sedikit kekurangan untuk melangkah lebih jauh.

Jadual perlawanan Kumpulan H Piala Dunia 2026

Perlawanan 1

Sepanyol lwn Cape Verde
Tarikh: Selasa, 16 Jun 2026
Masa: 12:00 Tengah Malam
Stadium: Atlanta Stadium

Arab Saudi lwn Uruguay
Tarikh: Selasa, 16 Jun 2026
Masa: 6:00 Pagi
Stadium: Miami Gardens

Perlawanan 2

Sepanyol lwn Arab Saudi
Tarikh: Isnin, 22 Jun 2026
Masa: 12:00 Tengah Malam
Stadium: Atlanta Stadium

Uruguay lwn Cape Verde
Tarikh: Isnin, 22 Jun 2026
Masa: 6:00 Pagi
Stadium: Miami Gardens

Perlawanan 3

Uruguay lwn Sepanyol
Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026
Masa: 10:00 Malam
Stadium: Houston

Cape Verde lwn Arab Saudi
Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026
Masa: 10:00 Malam
Stadium: Dallas

Nota: Masa adalah mengikut Waktu Malaysia (GMT+8).

Previu Kumpulan G Piala Dunia 2026: Belgium, Mesir Diramal Mara Ke Kalah Mati